31 March, 2011

Saya suka rose

semalam buat purple paper rose untuk zizie. Hasilnya nampak comel sikit dari pink rose yang aku buat dulu.

 

PIC_0448_thumb kredit gambar: naunau.com

 

Alkisah malam tadi macam rajin terlebih, makanya aku gunalah teknik yang sama pada kain felt pulak. Tapi, sepit tak ada dalam simpanan nak lekat bunga tu, untuk bagi pada hannah. Ada empat kaler je yang sempat buat.

Pagi tadi Hannah bangun, dia rembat yang kaler pink. siap menyorok kat dalam bilik. Takut mak dia tau dia dah ambik satu kuntum.kesian anak mak. Belum siap lagi la hannah sayang..nanti bila dah siap lekat pada sepit baru boleh melaram yer..

 

PIC_0463 image

 

PIC_0461

 image

 

PIC_0460

image

 

PIC_0458

image

 

PIC_0453

 

tutorial boleh pergi di sini. Owner blog ni memang sangat baik hati bagi step by step cara nak buat bunga rose ni. 

26 March, 2011

Bulan Menjahit

Bulan ni dapat jugak la jahitkan order-order dari kakak-kakak yang nak VSS. Tak larat nak taip dah.. cam biasa, layan je la hasil jahitan ku yang tak seberapa..

 

P3040641 sold out

 

P3070660

ni Che Mat order suruh tukarkan beg yang kat bawah ni untuk isi kitab Iqra dan songkok dia.

 

P3070661

Kata mama dia ada mesin jahit, tapi anak bawa beg free ni la pulak yer. Dah koyak rabak macam ni baru nak jahitkan satu untuk Che mat. Sebenarnya bukan aku tak nak jahitkan beg untuk dia. Cuma nak clearkan beg-beg free yang ada dalam gobok. Ni pun banyak lagi beg yang tak terpakai. Karang Pak Enchek membebel kata membazir kang…hahahaha tak dapek den nak nolong!

 

P3150687

sold out.

 

P3150690 sold out.

 

P3150692

Sold out jugak.

 

P3150699

masih ada lagi. RM 17.00

 

P3150701 RM16.00

 

P3150704 RM16.00

 

P3150705

sold out.

 

P3150706

sold out.

 

P3150708

Rm10.00

9 kaedah kawal pemakanan elak alahan

 

Tip Hindari anak dari alahan

1- Ibu digalakkan menyusui anak secara konsisten dan sepenuhnya pada 6 bulan pertama kelahiran bayi. Waktu 6 bulan tersebut dikenali sebagai tempoh bebas alahan. Ini memberi peluang kepada sistem pencernaan bayi untuk menjadi matang.

2- Ibu yang menyusui bayi perlu mengawasi bentuk dan jenis makanan yang diambil. setiap makanan ini boleh mempengaruhi kualiti susu ibu. Jika bayi alah kepada telur, elakkan daripada mengambilnya sepanjang tempoh menyusukan anak,

3- Elakkan daripada memberikan anak telur putih pada tahun pertama usianya. Ibu boleh memperkenalkan bijiran gandum kepada bayi yang berusia melewati enam bulan. Sebagai permulaan, ibu digalakkan memulakan dengan bijirin nasi sebelum memperkenalkan bijiran gandum kepadanya.

Tip untuk penghidap alahan

1- Sediakan rekod bagi setiap pengambilan makanan kanak-kanak. Ini membolehkan ibu bapa melihat sama ada dia mengalami gejala lahan ataupun tidak.

2- Sebelum membeli makanan dalam bentuk paket mahupun tin, baca terlebih dahulu kandungan ramuannya. Ini penting bagi mengelakkan kanak-kanak daripada termakan makanan yang dia alah secara tidak sengaja. Selain itu, latih anak yang sudah tau membaca menyemak sendiri ramuan bahan makanan berkenaan.

3- Pastikan ibu bapa menyimpan nombor-nombor kecemasan di rumah. Langkah ini perlu lantaran gejala alahan seperti sukar bernafas bole mengundang maut. Selain itu, ajarlah ahli keluarga bentuk tindakan yang harus diambil apabila keadaan sedemikian berlaku.

4- Beritahu guru dan pihak kantin tentang jenis-jenis makanan yang tidak boleh diambil kanak-kanak. Melalui cara ini, ibu bapa dapat memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada makanan yang boleh menyebabkan alahan berlaku.

5- Jelaskan kepada anak tentang bahayanya berkongsi makanan dengan rakan sedarjah. Dia mungkin tidak mengetahui kandungan makanan yang diberikan oleh rakannya.

sumber: majalah keluarga oleh: Kanimolli a/p Arasu Pemakanan Pusat Perubatan Pantai kuala Lumpur.

Kurangkan sakit gigi

Cara yang sangat mudah sementara nak pergi ke klinik untuk mencabut gigi. menampl gigi. Bolehlah berkumur dengan menggunakan air garam, atau ambil beberapa batang serai lalu dititikkan di bahagian hujungnya. Salai di atas api yang kecil untuk beberapa ketika sehingga suam-suam kuku kemudian gigit pada bahagian gigi yang sakit tadi. InsyaAllah denyutan akibat sakit gigi akan berkurangan.

Melambatkan uban

Ada sesiapa yang dan beruban. hahahahahah

ni fenomena biasalah kan. Ada yang menggunakan inai nak menghitamkan rambut… tapi tu treatment setelah rambut beruban kan. Ni kalau ada sesiapa yang belum lagi mencapai tahap rambut beruban ada petua untuk melambatkan rambut dari bertukar kaler. Caranya, sebelum bersyampu basuhkan rambut dengan air daun saderi lalu dibiarkan seketika sehingga kering dikepala. Seterusnya, bersihkan rambut dengan air bersih lalu disyampu seperti biasa.

Mengikut petua ni dia tak nyatakan pulak air saderi tu diperoleh dengan cara apa.Tapi aku bayangkan kemungkinan daun saderi tu direbus dahulu untuk mendapatkan airnya. Atau cara lain yang dapat aku fikirkan dengan menumbuk batang daun saderi dan lumurkan ke kepala. Mengambil cara daun bunga raya yang diramas dan dilumurkan ke kepala untuk melebatkan rambut.

Hilangkan bau tengik ketiak

aku tak pernahlah lagi cuba petua kat bawah ni. Tapi bila keadaan memerlukan kira petua ni memang amat mudahlah. Hanya menggunakan secubit soda bikarbonat gosokkan pada bahagian ketiak dengan menggunakan belakang tapak tangan ketika mandi. Nak mujarab kenalah amalkan selalu.

Soda bikarbonat ni tak lah mahal sangat dalam rm1.00 ke rm 3.00 jer.  Pada yang tak tahu apa itu  soda bikarbonat kenalah gugel sendiri. Selalunya bahan ni digunakan untuk membuat kek.

Awet muda & hilangkan sengugut

Alhamdulilah setakat ini tak pernah la aku alami senggugut. Tapi ada petua untuk menghilangkan sakit senggugut ni dengan mengambil 2 atau 3 ulas bawang putih kemudian dibersihkan dan di tumbuk sehingga lumat. Selepas itu campurkan bahan tersebut dengan segelas air suam lalu dikacau. Campurkan pula sesudu madu asli sambil berselawat sebanyak 3 kali dalam hati. Amalkan 3 kali setiap hari.

ni kalau nak awet muda kena la aku praktikkan hari-hari… bole ke ni huhuhuhuh

Singkirkan Angin Badan

Sejak 2 3 menjak ni, badan aku banyak sangat angin. Asyik la rasa nak membuang angin. Kalau kat rumah tak pe la jugak.  Tak le segan sangat kalu kentut merata-rata. Kalau kat ofis mau la terkejor-kejor lari ke toilet membuang angin hehehehe.

Ada cara cara paling senang dan mudah untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan sebuku halia dan sesudu lada hitam. Tumbuk halus kedua-dua bahan ini dengan sedikit air. Kemudian ambil sepotong kain berukuran lebar saiz kaki. Letakkan bahan yang telah ditumbuk itu ke dalam kain lalu dibalut dengan kemas agar bahan di dalamnya tidak terkeluar. Amalkan petua ini ketika ingin tidur. Anda akan merasa segar kerana angin telah diserap ke dalam kain tersebut. Lakukan sekerap mungkin untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Ala-ala macam pelekat kaki kinohimitsu la petua kat atas tu. Tapi bagi aku yang tak berapa rajin ni… haruslah aku minta je pil buang angin kat klinik inhouse…heehehhe

6 Bahan bantu melambatkan penuaan

1- VITAMIN A ATAU RETINOL:

Vitamin A atau retinol dipercayai dapat membantu membina gentian kolagen dalam kulit sekaligus melakukan aktiviti pengelupasan secara lembut pada bahagian kulit yang dipercayai amat berkesan untuk melambatkan kehadiran garis-garis penuaan.

2- VITAMIN C

Vitamin C atau askorbik asid bertindak sebagai antioksida dan amat berkesan menyembuhkan luka kerana ia membantu menstabilkan jumlah kolagen dalam kulit. Jika digunakan selalu Vitamin C dapat mengurangkan garis halus penuaan, kedutan dan dapat mengurangkan kesan kulit yang terbakar akibat panahan matahari.

3- VITAMIN E

Vitamin E merupakan satu lagi antioksida yang mempunyai kemampuan untuk mengelakkan kemerahan atau radang kulit. Penggunaan Vitamin E berkesan untuk meningkat dan memperbaiki kadar kelembapan kulit, melembutkan dan melicinkan kulit.

4- ASID ALPHA HYDROXY (AHAS)

AHAs dicipta untuk melicinkan garis-garis halus, kedutan dan memperbaiki tekstur kulit serta tona warna kulit. Selain itu AHAs berupaya membersihkan pori-pori yang tersumbat sekaligus memperbaiki tekstur kulit yang berminyak dan berjerawat serta memperbaiki kondisi kulit seperti sediakala.

5- EKSTRAK TEH HIJAU

Ekstrak teh hijau sering ditemui di dalam kandungan produk penjagaan kulit. Ia dirumus untuk mengurangkan bengkak, kedutan, garis halus dan liang pori-pori yang besar.

6- ASID GLIKOLIK

Asid glikolik amat aktif dan baik untuk penjagaan kulit. Ia berfungsi untuk membentuk semula kolagen bagi membantu memejal dan melicinkan kulit agar lebih muda. Ia turut mengurangkan kedutan pada permukaan wajah. Asid glukolik juga telah terbukti berkesan untuk merawat jerawat dan digunakan secara meluas dalam penghasilan produk kosmetik.

 

sumber ; pp 3946/1/2005- majalah keluarga

08 March, 2011

Kawasaki (coxsackie)

Penyakit kawasaki (coxsackie)
menyerang jantung kanak-kanak

Penyakit Kawasaki mula-mula dilaporkan di negara Jepun selepas perang dunia kedua. Penyakit ini dikaji secara mendalam oleh seorang Profesor Jepun yang terkenal bernama Profesor Kawasaki.

Sebahagian besar pesakit penyakit ini adalah dikalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Kajian menunjukkan bahawa penyakit ini lebih kerap di kalangan kanak-kanak berketurunan cina. Nisbah penyakit kanak-kanak lelaki berbanding perempuan adalah 1.5:1.

Statistik di Amerika Syarikat menunjukkan penyakit ini merupakan penyakit utama yang menyebebkan penyakit jantung 'acquired' dikalanagan kanak-kanak. Malah bilangan kes makin bertambah dari tahun ke tahun terutamanya di negara-negara membangun

 

Punca penyakit kawasaki
Di sebabkan oleh tindakan inflamasi badan terhadap salur-salur darah terutamanya arteri. Keadaan ini yang berlaku secara tiba-tiba terutama di kalangan kanak-kanak masih tidak dapat diketahui. Kajian di Jepun menunjukkan perkaitan penyakit ini dengan toksin bakteria yang meransang tubuh badan menghasilkan antibodi terhadap salur darah khususnya. Akibatnya, pesakit kerap mendapat komplikasi berkaitan dengan salur darah.

 

Tanda-Tanda klinikal penyakit kawasaki;

- Tanda-tanda awal demam berpanjangan sekurang-kurangnya untuk lima hari
- diikuti mata menjadi kemerah-merahan akibat inflamasi (konjunktivitis).
- pembengkakan kelenjar pada leher dan ruam pada seluruh badan.
- Tangan dan kaki akan menjadi merah pada peringkat awal.
- Selang beberapa hari atau minggu kemudian, kulit pada tapak tangan dan tapak kaki akan mengelupas umpama 'kertas tisu'.

*** kebanyakan ibu bapa mula menjadi runsing dan amat bimbang apabila melihat kulit anak mereka mengelupas, tetapi sebenarnya ini merupakan petanda penyakit ini sedang mulai sembuh. Satu lagi ciri 'unik penyakit ini adalah anak tekak dan lidah kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan mejadi sangat merah. Lidah kelihatan dipenuhi dengan tompok-tompok yang sangat halus. Dalam keadaan ini, lidah kelihatan seperti buah strawberi atau dikenali sebagai 'strawberi tongue'.

 

komplikasi penyakit kawasaki
kebanyakan kanak-kanak akan sembuh dan kembali seperti sediakala selepas 2-3 minggu mendapat rawatan simtomatik di hospital. Tetapi lebih kurang 30-50 peratus pesakit kanak-kanak akan mula mendapat komplikasi akibat penyakit ini.keadaan inilah yang akan membimbangkan kita.

Antara komplikasi penyakit kawasaki adalah:
- Aneurisma arteri koronari
- Myokarditis ( jangkitan pada otot jantung)
- Penyakit injap mitral
- kegagalan jantung berfungsi (cardiac failure)


Dalam keadaan penyakit ini, kandungan sel-sel platelet dalam darah meningkat dengan begitu tinggi. Keadaan ini pula boleh menyebabkan komplikasi seperti pembentukan 'trombus' dan salur darah tersumbat.
Statistik menunjukkan lebih kurang 1-2 peratus kanak-kanak meninggal dunia akibat penyakit ini.

 

Rawatan Penyakit kawasaki

Rawatan untuk penyakit ini adalah lebih simtomatik.
Aspirin pada dos anti inflamatori penuh disyorkan pada peringkat awal dan diteruskan untuk beberapa minggu dalam dos yang kecil bagi mengurangkan pengumpulan platelet
Disamping itu, immunoglobulin juga diberikan untuk mengurangkan tindak balas antibodi dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan immunoglobulin sekurang-kurangnya untuk lima hari dapat mengurangkan risiko pesakit mendapat steroid sama sekali harus dielakkan untuk pesakit ini.
walau bagaimanapun, diagnosis dan rawatan awal amatlah penting untuk menjamin penyakit ini dapat disembuhkan sepenuhnya dengan kudrat Tuhan.
Oleh hal yang demikian, janganlah anda berlenggah-lenggah berjumpa dengan pakar perubatan apabila melihat tanda-tanda penyakit ini di kalangan anak-anak anda atau mengenali orang lain dengan simptom-simptom penyakit ini.

sumber: majalah keluarga pp 3946/1/2004

Majalah lama sebelum di buang…

Aku sebenarnya dalam mood untuk menyalin dan menyimpan info-info mengenai kesihatan dan sebagainya untuk tatapan diri sendiri dan pengunjung-pengunjung rumah aku ni.

Sebenarnya aku tengah nak me’recycle’ kan majalah-majalah lama ke recycle centre. Dah tak tertanggung dah rak buku aku tu menampung segala macam buku. So, sebagai alternatif aku ambil mana-mana artikel yg bermanfaat dr majalah tu letak kat dlm blog aku ni utk dijadikan rujukan dimasa mendatang.

Tak ada niat nak ulang siar mana-mana artikel untuk tujuan keuntungan. Hanya untuk rujukan dan pengetahuan semata-mata.

Kalau diperap saja buku tu pun lama-lama boleh tak ingat info-info tu ada ke tak kan…. nak belek-belek lagi tentu buang masa je nak selak satu-satu halaman. Simpan je la di alam maya ni… senang citer.

So…sebelum buang majalah atau buku-buku lama tu elok la ambil info2 yg berkenaan dan letak di dalam blog untuk tatapan di kemudian hari.

Kalau halaman resepi, aku siap kerat dan masukkan ke dalam clear holder file buat koleksi hehehehe so lepas ni tak perlu nak beli buku masakan banyak-banyak. yang tu pun belum tentu boleh khatam hahahahaha

ittadakimasu….

Gigih betul minggu lepas menggulung sushi untuk seisi makan-makan di hari jumaat bersama cik fid and dak zizie. beriya-iya suruh cik masak kake udon. maklum la tak pernah makan. dari hari kesehari dok dengar cik citer kesedapan kake udon. tu yang tak boleh tahan tu.

Memang mengtekedarah betui la. sampai burp!!! makan kake udon. tur pun ber balance sampai membawa ke seisi makan tengahari. menu dia simple je taruk udon ngan daun leek jepun jer. Tapi kuah dia yang bening tu memang sampai ke petang terasa-rasa di lidah aku ni.

Sampaikan aku order le kat cik suruh belikan aku dashi. konon-kononnya nak repeat buat kat rumah hahahahahaha ntah bila la pulak tu kan…

gambar kake udon tak sempat nak snap pic. bole tgk kat rumah cik

ni sushi yang gigih sangat menggulung tur…

 

 

P3030621

 

 

P3030627

inti sushi kali ni cuma telur, tuna, timun jepun, mayo kimpi dan isi ketam. Nak gulung pun senang jer aku guna acuan dia beli di daiso. lepas tu guna bambo mat untuk padatkan sushi tu.

10 Langkah hindari anak dari racun galian

Bahan-bahan garam galian berat seperti lead (plumbum), merkuri, kadmium dan aluminium boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan, melalui sistem pernafasan dan juga melalui kulit.

Kurangkan bahaya garam galian dengan:

  • Jika rumah anda berhampiran dengan jalan raya atau lebuh raya, tentukan tingkap-tingkap yang menghadap jalan ditutup.

 

  • Elakkan memberi anak minum sumber air yang berhampiran dengan lebuhraya. Air ini juga tidak elok untuk menjirus sayur-sayuran yang ditanam berhampiran dengan rumah.

 

  • Elakkan memberi anak makan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang di tanam di tepi jalan raya.

 

  • Di bangunan-bangunan lama yang mana cat digunakan mengandungi plumbum – tentukan anak-anak tidak mengopek kepingan-kepingan cat ini dan memakannya.

 

  • Sekiranya paip rumah anda dibuat dari plumbum elok sekali ditukar kepada paip yang dibuat kuprum. Sumber merkuri pula ialah tampalan gigi dan alat jangka suhu `thermometer` dan daripada lampu `fluoresen`.

 

  • Berhati-hati apabila memasang lampu `fluoresen` atau alat jangka suhu `thermometer` yang telah rosak.

 

  • Sekiranya anak anda ada tampalan gigi yang di perbuat daripada merkuri amalgam, elok sekali di tukar dengan ‘porcelin’.

 

  • Mengelakkan dari menyedut udara atau berada terlalu lama di tempat letak kereta tertutup lebih-lebih lagi sekiranya anda hamil!.

 

  • Bagi seseorang yang menghisap rokok tentukan asap rokok tidak terkumpul dan membahayakan orang lain terutama kanak-kanak seperti di tempat-tempat tertutup dalam pejabat berhawa dingin dan di tempat-tempat membeli belah.

 

  • Untuk memasak peralatan yang baik digunakan ialah yang diperbuat daripada tanah liat, kaca atau ‘stainless steel’.

 

 

image

 

 

image

 

sumber: majalah keluarga PP 3946/1/2004

Minggu yang tak senang

Dah nak masuk tiga minggu kot aku asyik mengadap mesin jahit. Tapi tak la hari-hari. Tu pun tak banyak yang dapat aku jahit. Harap-harap semua yang aku jahit tur menepati le permintaan kengkawan kat sini. Ni pun ada 3 ke 4 buah beg lagi yang belum dijahit.

Susah jugak la kalau hari-hari aku nak kena tido pkl 1 @ 2 pagi. Dua tiga kali jugak la aku tertidur masa drive. Paling tak sangka tertidur kat traffic light. Sedar2 kereta kat depan dah clear huhuhuhu nasib baik pagi-pagi buta kereta tak banyak. Klu tak mau aku kena hon maut dari kereta-kereta kat belakang.

 

P3040642

 

P3040643

 

P3070648

 

P3070649

 

P3070651 ni aku buat stail jerut jugak hahahaha

 

 

P3070652

 

 

P3070654 ni pouch bag dari kian brocate cina..betui ke aku eja brocate tur…lantak ler… buat dalam 4pcs

 

 

P3040632

ni asalnya buat untuk che mat isi kitab iqra dan songkok dia. sekali dia merempan tak nak beg ni. Macam PEREMPUAN katenyer..banyak cengkadak sungguh budak ni. Siap bergenang ayor mata ke rumah ustazah. Sampai ustazah bercerita ler kat aku che mat bad mood dalam kelas mengaji. Corak macam ni pun masih tak menepati citarasa dia..

rose

Rose bukan bunga kesukaan aku. Tak pernah ada rasa suka terlampau pada bunga ni. Aku rasa aku lebih suka bunga carnation kot ke daisy…ntah! tak..tak… aku suka bunga sakura hahahahahah Apa-apa je lah.

Tapi kali ni aku telah tercuba buat bunga rose dari kain felt sebagai brooch tudung. Tapi tutorial asal dari purl bee dia buat barrette. AKu guna bunga dia jer untuk buat brooch. Bunga rose yang dia buat jauh…jauh…lebih lawa dari yang aku punya…hehehehe

 

P2100618

 

P2090605

Tak berapa kemas sangat bunga yang aku buat ni! kena praktis lagi huhuu