20 January, 2010

Jemput-jemput lobak.

 

malam tadi Hubby ada buat jus lobak untuk anak-anak.. Jus lobak ni boleh menambahkan berat badan anak. so, dengan gigih nye dia buatkan untuk si Hannah & Che Mat. Disebabkan sisa ekstrak lobak agak banyak. aku pun gunakan sisa tu utk buat jemput-jemput.

IMG_0569 Jemput-jemput lobak.

Bahan-bahan yang di tambah dalam adunan;

tepung gandum
daun sup
ikan bilis
garam secukup rasa
eno.(guna eno utk lembutkan adunan)
esen vanila
bread crumbs (kaler putih)

boleh juga kalau nak letak;
telur
baking powder

*letak lah apa-apa bahan pun, ikut citarasa anda atau barang2 yg ada di dapur anda.

Cara membuatnya;
senang saje, campurkan semua bahan dan gaul dengan tangan serta air secukupnya.

Kenapa saya kata gaul dengan menggunakan tangan. rahsianya:al maklumlah air tangan isteri/ibu ni kan ada power.dah tentu akan membuatkan anak2 serta suami lebih mengingati masakan kita. itu jer hehehehhe menambahkan kasih sayang, tak gitu.

bahan-bahan ni dah memang tersedia ada di dapur. mix saja la kan.

klu untuk kanak-kanak 1 hingga 3 tahun tak perlu letakkan garam. Rasa manis lobak sudah cukup memberi rasa. adunan lebihan untuk gorengan terakhir bolehlah di tambah garam untuk mak pak yang nak makan. Tetapi pastikan jangan tersalah bagi gorengan untuk orang dewasa pada kanak-kanak .

pada yang singgah ke blog hamba nih! selamat mencuba ya tuan-tuan dan puan-puan. menu ringkas dan bersahaja.

 

19 January, 2010

skirt Hannah

IMG_0558

first time jahit pillow skirt untuk si Hannah. Simple sesangat, tapi tak semudah itu bagi ku rupanye.,tang nak buat kedut di bahagian bawah  tu mencabar kesabaran aku betul. kena practice lagi cara nak guna tapak kedut. Memanjang jer  lari kain yg aku nak jahit. sudahnye guna cara manual jer. jahit dan tarik benang buat kedut-kedut. tp tu pun macam hampeh gak resultnye. di tambah rasa mengantuk ya amat. nanti nak mintak sifu k.shiela la tolong tunjuk ajar.

Bag

Aktiviti hujung minggu lepas. Kali ni masih lagi dengan projek menjahit bag. kali ni buat ada poket pulak. Ala-ala organiser bag gitu. teruja bila tgk Che jahit bag banyak poket hehehehehe…. so aku pun mengikut jejak langkahnye. Hubby kata “ tak sudah-sudah jahit bag nyer”..

IMG_0557

Beg ni guna untuk bawa ke ofis. kos sebuah beg ni dalam RM15.00 saje. custom made and yg penting handmade huahuahua…

 

IMG_0560

ni plak simple square bag untuk Che Mat bawa buku exercises dia. senapang mainan pun ada dalam ni. aku kata nak buat apa ngan senapang nih? "Amat nak main tembak-tembak polis. " errk.. tembak polis ke nak main polis sentri? aku pun tak tau lah  yg mana satu dlm fikiran dia. siap bawa 2 bijik. satu untuk si Hannah. gasak la korang.

13 January, 2010

felt

minggu ni kerja aku tiap2 malam  dok menjahit benda felt ni. Tak tau la tiba2 jadi rasa seronok plak. Hubby tanya nak buat apa benda ni banyak--banyak, nak jual ker?.. aku kata saja suke2 tak de niat nak jual pun. Rasa macam nak hadiah kan kat kengkawan je. Tapi klu jual pun ada ker org nak beli heheheheheh….. kat luar sana berlambak2 soft toys @ plushie yg come2 lagi murah made in china. Dapat siapkan 6 ketul onigiri versi aku. siapa2 yang rasa nak seketul meh la minta ngan aku hehehhehe. wah! syok sendiri plak aku. mcm la ramai sangat yg baca blog ko ni yong, usah le kome berangan!

aku suke yg versi ugly onigiri. tp hubby tgk mcm tak suke jer, nak bagi budak2 ker nih? err tak ler.. tp si hannah suke yg onigiri toncet mata satu. siap pegang masa minum susu.

 

IMG_0555

onigiri please!

amboii!

Little H menunjukkan belangnye.. Tak boleh mak pak dia nak guna lappy kejap, mesti dia nak menyelit juga. Last2 pak nye dah tak tahan asyik kena kacau jer. Maka, pak nye pun bg le dia tgk puas2 youtube lagu hello kitty. versi korean plak tu. Pandai plak dia mengayakan mouse, klik bila lagu tu dah habis. Tak tahu la mana hala dia klik tapi lagu tu bole replay la plak.

IMG_0541

Especially for my female best friend..

Ada sesuatu yang istimewa utk Che . Dah selamat pun bagi pada tuan nyer sempena birthday dia yg ke-31st. hehehehe muda lagi tur! walaupun tak seberapa tapi isi di dalamnye adalah handmade aku yg pertama dr kain felt.

IMG_0547

ada apa dengan kotak ini!

dan di sebalik pembalut biru itu….

IMG_0546

tadaa!!

IMG_0544

 

pin cushion Onigiri buat che yg gila jahit tudung DIY, beg etc. amacam okke tak? 

mengabiskan duit jer aku nih!..

aku tak tau la kedai Daiso di IOI ni baru bukak ke atau dah lama. Tapi barang2 dia lebih banyak dr 100yen puchong yg satu lagi.

antara yg aku beli di Daiso;

IMG_0517

nih nama dia scalp octopus, kegunaan sebenar aku pun kurang pasti. Aku main gasak je buat  pengurut kepala. memandang kan aku ni selalu migrain, sesuai sgtlah benda ni untuk kegunaan aku. NEXT..

 

IMG_0518

cookies cutter untuk menambahkan koleksi baking aku hahahahha… mengumpul jer dlu buat tak tau bila. Ada lagi..

IMG_0519

yang ni aku suka, flat head pin (jarum peniti) sesuai utk aktiviti jahit menjahit nanti.Ada lagi barang2 lain yang aku beli tapi dah malas nak snap gambar.

11 January, 2010

magnet

Ni satu lagi kegilaan aku,

hahahhaha mengumpul magnet fridge.

Magnet gensha ni ofis mate yg blk dr bisnes trip kat Japan yg kasi.

Pesan kat dia awal2, klu nak beli apa2 utk aku aku nak magnet fridge yg

made in japang…. untuk menambah kan koleksi aku  huhuhuuh…

 

PIC_0066

lunch box

Sekarang aku rasa macam aku dah gumuk sgt lah. Thn ni macam ada hati nak kempis kan perut tapi lunch box aku ni asyik melambai2 je suh digunakan. Hubby selalu dok peringatkan  aku" kata nak Diet" hehehehe biasala bila dah nampak makanan diet tu nanti2 lah. Ni lunch box aku yg telah menambahkan ukur lilit pinggang aku :p

 

PIC_0068

lunch box 2 tingkat, mau bertingkat2 jugak le perut aku nanti.

 

PIC_0072

menu untuk bekfas hari ni mee goreng, yg tgh ari plak nasi goreng. Wah! wah! sungguh x healthy nye menu aku. gasak lah yek, JANJI kenyang huahuahua…

05 January, 2010

sponge bob dan SOS

 

cerita thn lepas.

sewaktu pergi jalan2 di IOI mall. Tetiba dengar Afiq cakap kat paksu  "paksu beli sponge bob untuk Afiq" belum sempat paksu dia jawab aku mencelah " eh! apasal lak minta paksu belikan sponge bob pulak?"  paksu dia pun cerita lar...

Waktu tengahari di dalam bilik Afiq.

paksu : Afiq baca alif ba ta, klu afiq pandai baca paksu belikan sponge bob. nak?

Afiq: nak..nak..beli kat TESCO ker?

paksu: a`ah. ikut paksu baca yer.. alif ba ta....

si Afiq pun ikut la paksu dia baca sampai la ke huruf sod,

paksu: sebut sod
Afiq: sos
paksu: bukan sos, SOD
Afiq: sos
paksu: kihkihkih (mula2 tak nak gelak) tapi tak tahan terus mengekek2 ketawa. itu la Afiq asyik mkn gula2 je, gigi dah ronggak sebut pun dah tak betui pelat plak tur..

Afiq: senyum-senyum jer

huruf2 jawi yg lain semua pandai sebut tp tang huruf SOD tur je yang failed. kena latih tubi lg nih!

sekian.