16 November, 2012

Solid copper la pulak…

kenapa aku tiba-tiba berminat nak tau lebih pasal copper ni kan.

imagesCAXWULNP

macam ni ceritanya.

masa tahun 2000 atau dikenali dengan nama Y2K. aku ada beli jam tangan separa chrome macam gambar kat atas tapi lapisan dalam dia leather. jam tu memang sangat masyuk ngan aku tapi sayang dah hilang tak tahu pergi mana.Biasa la aku kalau jam tangan ni tak pernah nyer kekal lama memanjang hilang je kerja nye tak pun tukar sebab bateri dah padam malas nak tukar bateri jam so beli yang baru. pakai jam murah boleh le pakai buang kekdahnya hehehe kalau tukar bateri pun kekadang jam tu jadi gelong murahnye pasei huhuhu.

So, sampai sekarang aku tercari-cari kut ada lagi ker keluar jam tanggan pattern macam ni. Sebab dia jenis cuff senang nak dipakai. Dalam pada tu aku jugak selalu usha chrome cuff-bracelet atau seumpama dengannya macam gambar kat bawah ni.

imagesCAWKA0UG

Tapi,masa aku gi jalan2 kat AEON aku tersinggah la kat satu stall jual jewelry.Biasa la orang pompuan pantang nampak bracelet etc.mengelejat gitu. Tetiba terpandangkan satu bracelet ni sangat menggugat isi purse aku.

imagesCAYK7BLD

Aku sebenarnya nak cari bracelet krome tapi terjumpa solid copper bracelet pulak la..la..la..Bentuk dia macam gambar kat atas cuma corak dia jer tak sama. Bila tanya harga memang la mampu milik tapi disebabkan aku dah spend lebihan duit bulan ni pada surprised birthday gift pada 3 beranak tu aku terpaksa melepaskan tawaran hebat dari amoi tu. Pada masa yang sama takut pulak nak beli sebab selalu kat ofis aku guna copper plate untuk counter measure dalam set hahaha

Amoi tu beriya la duk explain pasal solid copper braceletnye kebaikan. bla..bla..dan bla.. tu yang aku duk gugel apa itu solid copper.

selama ini aku hanya tau penggunaan copper ni untuk counter measure internal temperature dalam set etc.Contoh Heat sink yang diperbuat dari copper untuk absorb a high amount of heat. Sesiapa yang bekerja sangkut paut dengan reliabitity checking untuk electrical/electronic atau home appliance tau la penggunaan copper ni.Ada banyak lagi kegunaan copper sebenarnya.

so, apa kebaikannya sebagai barang perhiasan tak kira lelaki ke perempuan.antaranya:improving the skin or alleviating the pain of arthritis.
tapi kesan penggunaan copper jewelry ni tak dapat ler dibuktikan secara saintifik cuma dipercayai ramai boleh memberikan kebaikan dalam kesihatan badan. Sama la kebaikan dengan penggunaan gelang magnet yang selalu orang duk pakai tu.
nak tau lebih-lebih kome gugel je le. malas nak tempek banyak-banyak info kat sini berkajang2 pulak entry ni nanti hehehe.

Apa-apa pun copper jewelry ni memang sangat memikat pandangan mata. Walaupun cantik aku tak berapa berani nak beli sebab copper bracelet ni boleh mengeluarkan green stain yang menyebabkan skin Irritation pada pemakai yang mempunyai kulit sensitif. Nak lebih info boleh gugel atau baca di sini  atau yang ini.

orang kata ‘beauty is pain’ nak cantik kekadang tu memang akan melalui kesakitan. Tapi memang pun akan sakit. SAKIT poket sebab nak dapatkan benda tu semua kena keluarkan duit poket wakakaka..

apa yang aku merepek ni. wat ever ler tak dapat semua tu sekurang-kurangnya dapat jam tangan SNAP/SLAP ON SILICONE WATCH ni pun jadi ler buat galang gantinya. Tengah banyak ni di pasaran.

imagesCALN34OO

No comments: