19 November, 2012

Kebetulan atau ...

 

Ni memang satu kes aneh..Pagi-pagi lagi aku diselubungi misteri hehehe
Bukan nak bersangka buruk tapi kejadian ni macam tak logik pun ada.

Masa aku sampai ofis aku bukak le beg galas aku. tiba-tiba aku terkejut macam ada benda hitam merayap kat tangan aku. Tapi neuron otak aku ni kenal sangatlah benda hitam tu. Serta merta otak aku ni kata macam lipas. Terkejut monkey aku siap terjerit kat ofis. Nasib baik aku datang awal tak ramai orang yang datang lagi. So tak le orang lain terkejut sama. Aku siap sepak lipas tu terbang ke group software hehehehe punya la tindakan refleks geli tu bertindak. Tak agak-agak. kalau beg tu terpaksa aku sepak pun aku akan buat biar sama-sama terpelanting dengan cik lipas tu.Ada sorang budak ofis ni yang datang awal ingatkan ada tikus.

Maklumlah minggu lepas masa buat 5S kat bawah meja aku ni. (see betapa semaknya ofis ku hahahah) Abis keropok ikan dia gigit-gigit dan berterabur keropok serta shit dia. Terasa insaf sekejap sebab terbela haiwan perosak di ofis. Aku terpaksa bersihkan hati-hati, yer la takut jugak terkena jangkitan kencing dia tu kan.

Tapi yang menjadi persoalan kepada misteri aku ni.. Macam mana cik lipas ni boleh masuk dalam beg aku tu. Malam tadi memang beg galas aku tu terbuka. Nak kata dia masuk waktu malam tadi or pagi tadi. aku siap korek-korek isi dalam beg tu tak pulak cik lipas tu nak bergegas keluar. Beg galas aku tu tak ler besar mana pun.

Aku ada beli bihun dan kuih muih sikit dan masukkan dalam beg galas tu masa kat dalam kereta. Tapi bila aku keluarkan dari beg tak nampak pun kelibat dia. Bila aku nak cari kunci drawer masa tu terpacul dia dari dalam beg.

so, sekarang aku dah berbelah bagi nak makan kiuh-muih dan bihun yang aku beli tu sama ada dah tercemar ker tak dengan perbuatan cik lipas. Tak baik pulak bila otak aku ni fikir ‘mungkinkah ada sesuatu dengan makanan itu’. Adakah petanda nak bagi tau kat aku supaya jangan makan makanan yang aku beli tu. Sebab sebelum ni bila aku beli nasi lemak kat tempat yang sama aku beli sarapan pagi tadi mesti akan ada sesuatu dalam makanan tu. Ker aku yang terlebih imagine atau terlebih prasangka.

Apa-apa pun cik lipas tu memang membuat aku diselubungi persoalan yang tak terjawab. moralnya..aku benci cik lipas dan jangan lupa zip beg galas di mana saja dan pada bila-bila masa saja. Kalau yang masuk tu cik cicak lagi le haru aku eeeeeee...geli mak.

No comments: