23 November, 2012

Persiapan kembali ke sekolah

Sekarang masih lagi cuti persekolahan penggal akhir. Bulan 11 dan bulan 12 ni mak pak tengah sibuklah mencari duit lebih untuk membeli keperluan sekolah. Kalau ada kompeni yang ada bagi bonus hujung tahun lega sikitlah bebanan mak pak kan.Tak pun ada yang dah bersedia lebih awal main kutu minta turn hujung tahun.Yang dah simpan sedikit-sedikt dari awal tahun pun mesti ada.Kalau yang bergaji besar tu tolak tepi le. Anytime deme mampukan.

Barang-barang keperluan sekolah ni memang tidak dinafikan banyak belanjanya kalau keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Atau tengok jugak standard sesebuah sekolah . Kalau private sekolah sedia maklumlah bajet belanjawaannya. Tapi sebagai Ibu bapa tentu bukan semua barang keperluan sekolah yang perlu ditukar setiap kali nak mulakan seisi baru persekolahan. Lainlah kalau anak yang pertama kali masuk persekolahan memang semua nak kena beli. Tapi bila masuk tahun 2 dah boleh recycle mana yang masih elok.

  • antara TIPS MEMBELI BARANGAN PERSEKOLAHAN.
    Stationary kalau boleh beli dalam kuantiti besar (bulk) harga lebih murah. Kita sedia maklum budak sekolah ni memang rajin alat tulis dia hilang.
    ** selalu saya beli ikut term. 1 term 6 bulan jd ada 2 term la.Tak ada la rasa terbeban sangat nak keluar belanja.
  • Beli hujung tahun sebab banyak promosi. Bila dah pertengahan tahun susah nak cari uniform yang murah2.So untuk yg 2nd term beli size besar sikit. Takut cepat no anak2 membesar
  • Beli awal takut tak ada size atau stok.
  • Baju sekolah Agama kalau darjah satu beli le lebih dari 2 pasang kalau mampu sebab gerenti hari-hari kena tukar sebab kotor. kalau yang anak lelaki lagilah kuat main. kalau rajin memberus tiap-tiap malam takpe.

PERSIAPAN UNTUK KE TADIKA.
selalunya beli jer barang dari tadika berkenaan. Kalau nak beli pun stationary dan beg galas dia jer.

PERSIAPAN KE SEKOLAH RENDAH/AGAMA
kat bawah ni ada aku sediakan list untuk beli barang-barang kembali ke sekolah. Selalu buku tak ada masalah beli jer kat koop.List ni pun tak complete. Ikut sekolah jugak la kekadang ada byk item tambahan. Tapi basicnya mostly ada dlm list ni. Kalau nak guna atau print, save pun guna ler buat panduan korang. Sharing is caring kan.

Antara yang aku boleh listkan untuk keperluan ke sekolah..padahal anak sorang saja yang baru sekolah hehehe

btskol
asrama

No comments: