16 November, 2012

Salam MAAL HIJRAH 1434.

Dan bermulalah catitan buku amalan aku buat tahun 1434H. Apakah banyak pen merah dari pen biru dalam buku amalan aku tahun lalu. Hanya ALLAH S.W.T saja yang tahu. Tapi bagi diri aku, aku sedar pen merah tu tentu lagi banyak dari pen bertinta biru. Kesedaran itu sentiasa ada tapi seringkali bisikan jahat itu datang untuk melemahkan semangat untuk meningkatkan amalan kepadaNYA.

Moga Allah sentiasa memberi rahmat kepada ku sekeluarga. Dan sentiasa diberi kekuatan untuk sentiasa beramal dan mengingatiNYA pada setiap saat dan nafas.

Dan semoga ALLAH S.W.T akan melindungi semua saudara-saudara seagama ku yang berada disetiap pelusuk bumi dari kejahatan makhluk-makhluknya dimuka bumi ini. Amin!

imagesCA9V300C

No comments: