Boikot.

Sekarang tengah panas dengan isu boikot memboikot nih..lantaran kekejaman zionis terhadap penduduk palastine.

Bagi pendapat 2 cent saya ni lah. Selagi boleh, kita elakkan beli barangan dari susur galur zionis ni. Sekarang tak dinafikan memang banyak subsitute barangan makanan terutamanya dijual dinegara kita. Barangan keluaran IKS bumiputra muslim yang berstatus halal dan bersih telah banyak tersedia. Yang menjadi masalahnya rakyat malaysia sendiri yang memilih untuk membeli barangan berjenama dan popular made in israel. may be mereka membeli secara sedar atau tidak, kerana terpengaruh dengan jenama yang nampak gah walau pun harganya sangatlah merabakkan poket.Semuanya hanya kerana hendakkan life style yang kononnya nampak class.

Memang tidak dinafikan kekadang sukar nak elak membeli barangan dari store2 kepunyaan zionis.Antara sebabnya, mereka lebih dulu menguasai pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang menjadi keperluan pengguna.Penguasan perniagaan dari rakyat zionis sangat luas merangkumi barangan makanan, pakaian dan perkhidmatan serta technology. Mereka lebih dahulu melaksanakan misi penguasan ekonomi dunia malah menguasai negara America sehingga segala tindak tanduk mereka tidak ada sesiapa pun boleh menghalangnya. Dengan itu menyebabkan pergantungan consumer terhadap barangan mereka sangat tinggi.Tindakan mereka sangat bijak,dan ini adalah untuk mereka sentiasa dapat menjamin pendapatan negara mereka di seluruh dunia.

Selama ini mungkin kita sangat bergantung kepada kebanyakan produk-produk mereka. Jadi apakah kita sedar peranan kita sebagai seorang muslim atau warganegara yang cintakan keamanan. Kepada taikun-taikun besar muslim ini adalah peluang untuk mereka mengeluarkan produk muslim yang boleh berdaya saing dengan produk zionis. Buat promosi dan luaskan kawasan pemasaran supaya dapat mengurangkan pengawalan pasaran sepenuhnya dari syarikat2 zionis.

Dan kita sebagai pengguna akhir juga perlu menjalankan tanggungjawab kita kepada mereka. Kita buat sebaik yang mungkin dalam cubaan melumpuhkan ekonomi zionis. Ihtikad kita kena kuat dan berterusan dalam mempastikan nasib rakyat Palestine  malah nasib penganut islam seluruh dunia terbela.

Dan yang paling penting adalah orang Islam itu sendiri. Sejauh mana kita bersatu hati sesama saudara seagama. Terlalu banyak yang mengamalkan konsep keakuan dari kesatuan ummah. Cuba tanya pada diri kita sendiri apakah perasaan  bila melihat wajah sesama kita.Adakah dengan pandangan kasih sayang atau dengan perasaan iri hati dan benci. Sakit hati dengan kesenangan saudara yang lebih bernasib baik. Kalau ada perasan sedemikian kita masih belum lagi dapat sepenuhnya melawan musuh kerana musuh utama iaitu diri kita sendiri pun tidak dapat kita tewaskan.

Pernahkah anda sedekahkan senyuman atau memberi salam kepada saudara seagama bila berselisih atau bertentang mata walaupun mereka itu anda tidak pernah kenal.Sejauh manakah kuatnya ikatan ukhwah antara kita. Bukan kata anda saya sendiri pun tidak mempunyai hati dan kasih sayang yang kuat dalam perkara ini. Apakah perasaan kita di waktu itu, sombong, nak jaga status, malu atau pun memang tak tahu nak bagi reaksi apa-apa. Mesti ada jawapan dalam diri kita.

Saya juga sedang belajar untuk memupuk hati  supaya jangan menjadi bakhil sesama saudara. Saya tidak mahu hati saya menjadi hitam dan busuk.

Apa pun Kita akan sentiasa panjatkan doa dan memberi pertolongan yang terbaik untuk kebaikan saudara kita di sana.

Wassalam

Comments

Popular Posts