02 November, 2012

medical check up perlu utk surirumah…

errm! dari mana nak mula yek..
kalau kita pergi jalan-jalan tak kira la di pasaraya ke nak pergi bank ker. Ada saje la agen-agen insuran datang nak suruh kita dengar polisi dia dan berharap kita akan beli polisi tu dengan dia.

Insuran tu memang ler baguskan untuk back up kalau ada apa-apa emergency. Tetapi bukan semua orang mampu untuk membeli polisi. Kalau anak tidak ramai dan mak bapak berkemampuan serta bergaji besar memang mereka akan mampu. Kalau macam keadaan aku yang serba sederhana. Memang tak mampu la nak beli polisi banyak-banyak. mana lagi nak menabungkan. Lupakan bab gaji dan insurans yang mana boleh buat orang stress hehehe

Bagi yang keluarga kelas rendah macam aku ni. Perkara yang paling penting sekali ialah faktor kesihatan. kalau tak sihat susahlah nak kais pagi makan tengahari dan kais petang makan malam.

Maka kesihatan amat berharga bagi lower class macam aku ni. Selagi sihat Maka InsyALLAH akan dapat menunaikan kewajipan dan tanggungjawab pada keluarga, pekerjaan dan yang utama pada ALLAH S.W.T.

perkara utama.
kalaulah didapati kita ada masalah kesihatan dan company tak de budget untuk cover masalah kesihatan kita.Apa kita nak buat.
1-terpaksalah kita pergi klinik kerajaan buat medical check up sendiri. Atau kumpul duit dari awal tahun contoh rm10/month pastu bila cukup amount , dan waktu pergi la kita buat check up kat klinik yang kononnya kita kata ada banyak star..utk kepuasan diri sendiri.

mencegah itu lebih baik dari merawat.

macam aku ni tetiba hi blood pressure dan kolestrol tinggi. Terpaksalah kena rombak balik menu diet harian aku sefamili huhuhu sihat itu amat penting.

No comments: