19 November, 2012

Anak mama dah 7 tahun.


Sabtu lepas kami celebrated birthday Che Mat yang ke 7 tahun.

IMG-20121118-WA0005

macam biasa budak-budak ni kalau birthday memang nak kena beli kek hehehe. Bila acara tiup lilin tu Che nah yang lebih-lebih dari abg dia. Dia memang suka betui dapat kek birthday walaupun birthday dia bulan lepas.

IMG-20121118-WA0006

Pak Enchik duk belikan kereta control kat Che Mat. Tapi tepaksa beli dua sebab nanti Che Nah pun nak jugak. Tu baru 2 orang anak. kalau ada ramai jenuh nak layan hehehe.

Masa malam tu aku ada stand by hadiah untuk Che Mat tapi kena prepared jugak hadiah birthday Che Nah. Dia lepas makan kek tak sabo-sabo nak bukak hadiah. Sampai Hadiah abang dia pun duk sibuk suruh Che Mat bukak. Che Mat nyer tengah duk makan nasi lepas makan kek. berkali-kali dia kata bila nak bukak hadiah,siap minta kat Che Mat untuk bukakkan hadiah tu. Sanggup tunggu sebelah Che Mat yang tengah makan. Nak kecek hadiah abang dia la tu. lol.

Kepada Afiq dan juga  Hannah mama sayangkan anak mama dan sentiasa berdoa moga berjaya di dunia dan di akhirat serta sentiasa mendapat rahmat dariNYA. Amin!