25 November, 2011

Pneumokokal membawa maut

copy paste artikel ni di kosmo untuk panduan aku dan pembaca

artikel asal di sini

Oleh NURUL IZZA ROSLY


MUNGKIN ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya.

Jika anda mempunyai anak kecil dan tidak pernah mengambil vaksin pneu- mokokal atau tidak mahu memberi- kan anak anda vaksin itu, anda perlu berfikir sekali lagi selepas anda membaca artikel ini.

Pneumokokal merupakan suatu penyakit yang berpunca daripada keha- diran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus).

Punca kematian kanak-kanak

Ia biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin.

Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10 peratus dari- padanya boleh menyebabkan penyakit yang serius.

Bakteria itu menyebabkan jangkitan invasif termasuk bakteremia/sepsis (jangkitan bakteria dalam darah), meningitis (radang membran yang menyelaputi saraf tunjang dan otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Tahukah anda bahawa penyakit pneumokokal merupakan punca utama kesakitan dan kematian kanak-kanak di seluruh dunia?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit pneumokokal mengakibatkan sehingga satu juta kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun di seluruh dunia.

Ia meragut lebih banyak nyawa kanak-kanak berbanding penyakit AIDS, malaria dan campak secara bergabung.

“Lebih separuh daripada kejadian dan kematian akibat penyakit pneu- mokokal berlaku di rantau Asia Pasifik yang merangkumi 28 peratus daripada kematian berkaitan pneumokokus global.

“Kita perlu mendidik ibu bapa dan orang ramai tentang cara melindungi kanak-kanak daripada penyakit pneumokokal kerana kesan penyakit ini adalah amat buruk tetapi sebenarnya boleh dielakkan,” kata Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin.

Tambahnya, kaedah pencegahan berkesan perlu disediakan untuk semua kanak-kanak di Malaysia.

ANAK kecil tidak perlu menderita hanya kerana kegagalan ibu bapa memberikan mereka suntikan vaksin pneumokokal.


Di Asia sahaja, hampir seorang kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia setiap dua minit akibat penyakit pneumokokal.

Menurut WHO, penyakit pneumoko- kal adalah punca kematian yang boleh dicegah dengan vaksin dan imunisasi boleh dianggap sebagai cara paling cekap dan menjimatkan kos untuk mengurangkan penyakit dan kematian.

Dr. Musa yang juga Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencega- han Penyakit Pneumokokal (ASAP) turut menceritakan pengalamannya berdepan dengan beberapa kes meli- batkan kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun datang dengan batuk yang berlarutan selama tiga minggu, demam panas, tidak memberikan respons terhadap antibiotik. Di hospi- tal, keadaannya lemah, nafasnya laju dan dada berombak.

“X-ray menunjukkan paru-parunya penuh dengan cecair. Apabila dikeluarkan cecair itu kita dapati bakteria pneumokokus di dalamnya. X-ray mendapati paru-parunya mengalami kerosakan yang teruk,” ceritanya.

Sambungnya lagi, kes kedua meli- batkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang telah demam selama 36 jam, masalah pemakanan (poor feeding) dan muntah.

“Dari klinik saya bergegas ke Unit Rawatan Rapi dan kami sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun bayi tersebut meninggal dunia selepas masa 10 minit.

“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia dapat dielakkan dan dapat menyelamatkan nyawa dengan memberikan vaksin,” katanya.

Jelasnya, pemberian vaksin pneu- mokokal bukan sahaja memberikan perlindungan kepada kanak-kanak, malah turut melindungi seluruh ahli keluarga kerana kuman tersebut tidak akan disebarkan kepada orang sekeli- ling.

Pemberian vaksin pneumokokal itu mampu mengurangkan penyakit tersebut kepada 99 peratus bagi mereka yang mengambilnya dan menunjukkan penurunan 60 peratus terhadap mereka yang berusia 50 tahun ke atas tanpa mengambil vaksin tersebut.

“Mengenai menjadikan vaksin ini sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), kita telah meng- utarakan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2005 lagi dan ia mengambil masa sedikit,” katanya.

Laman web pneumokokal

GAMBARAN X-ray yang menunjukkan paru-paru yang mengalami pneumonia.


Sejajar dengan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung penyakit pneumokokal, Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan sokongan ASAP, Pitter Patter, parenting2u.com dan SJ Echo melancarkan sebuah laman web baharu iaitu www.abc4pneumococcal. com baru-baru ini.

Laman tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit pneu- mokokal dan menekankan hakikat bahawa penyakit itu boleh dicegah menerusi pemvaksinan.

Sempena Hari Pneumonia Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada 12 November lalu, pelancaran laman web tersebut diadakan sebagai lanjutan Kempen Sasarkan Liputan Lebih Luas (ABC) yang dilancarkan bulan Jun lalu.

Ia menyeru ibu bapa dan individu yang memperjuangkan matlamat sama untuk menyokong seruan bagi memastikan setiap kanak-kanak di Malay- sia dilindungi daripada penyakit pneu- mokokal menerusi vaksinasi.

Laman web www.abc4pneumococ- cal.com mengandungi pelbagai maklu- mat tentang segala perkara yang berkaitan dengan penyakit itu, sekali gus ibu bapa boleh melindungi anak mereka daripada jangkitan.

Kempen itu turut menggalakkan ibu bapa untuk menandatangani ikrar sokongan dalam menyeru agar pemvaksinan dimasukkan sebagai Program Imunisasi Kebangsaan.

Presiden dan Pemimpin Serantau Asia Pasifik bagi Persekutuan Organi- sasi Meningitis (CoMO), Bruce Lan- goulant memberitahu, penyakit pneu- mokokal perlu diambil perhatian.

“Saya merupakan seorang bapa kepada seorang anak yang pernah menghidap penyakit pneumokokal. Semasa berusia enam bulan, anak perempuan saya, Ashleigh menghidap penyakit pneumokokal yang menyebabkan meningitis.

“Ia menyebabkan anak saya pekak sepenuhnya, sawan dan kurang upaya dari segi intelektual. Saya merupakan salah seorang daripada ribuan ibu bapa dan keluarga yang mengalami kesan penyakit yang mengancam nyawa ini,” luahnya.

Perjuangan ibu

Beberapa ibu bapa yang hadir pada majlis pelancaran tersebut turut berpeluang melontarkan pandangan serta berkongsi pengalaman.

PERLINDUNGAN vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak mampu melindungi mereka daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.


Pengalaman yang dikongsi oleh Zura Baharudin, 29, amat menyentuh hati pe- nulis dan membuatkan hadirin sebak.

“Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan yang baru sahaja keluar hospital Jun lalu kerana penya- kit pneumokokal meningitis.

“Pada mulanya saya tidak tahu ia adalah pneumokokal kerana hanya menyangka anak saya mengalami demam biasa. Tetapi selepas dia muntah-muntah tanpa henti, tidak kenal saya seba- gai ibunya, saya terus bergegas ke hos- pital. Anak saya dimasukkan ke ICU selama lima hari,” ceritanya menahan sebak.

Zura amat sedih melihat keadaan anaknya. Lebih terkilan apabila menyedari keadaan tersebut tidak sepa- tutnya berlaku jika dia memberikan vaksin pneumokokal kepada anaknya.

“Syukur, kini anak saya berusia 16 bulan kembali sihat dan dia membesar seperti kanak-kanak lain. Sejak keja- dian itu, saya lebih memahami apa itu pneumokokal dan mula menyebarluaskan mesej mengenainya melalui blog saya, Facebook dan memberitahu kepada rakan-rakan saya betapa pentingnya mengambil vaksin pneu- mokokal ini,” katanya.

Sebelum ini Zura pernah mendengar mengenai pneumokokal, namun dia enggan memberikan vaksin tersebut kepada anaknya.

“Ketika melihat anak saya terlantar di hospital, saya ingatkan saya akan kehilangannya selama-lamanya.

“Saya tidak mahu ibu bapa di luar sana membuat kesilapan sama yang saya lakukan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat,” ujarnya.

No comments: