21 October, 2009

Raya 2009

Raya pertama, kami sekeluarga pergi beraya di Ipoh,rumah Achik, Lepas asar kami bertolak pula ke rumah Atuk di Kayan. Agak meriah jugak bila sampai di rumah Atuk . Wan, mak anjang, Pak chu dan sepupu2 aku memenuhkan dan mengamatkan rumah Atuk aku.

Lepas solat maghrib baru berangkat balik ke Besout. hampir pukul 11 malam baru sampai kat rumah Abah. Sesudah sampai je aku anak beranak pakat tidur awal. Penat beraya la katakan.

Raya kedua lepak2 kat rumah jer. Lepas Asar baru bersiap2 pulak untuk balik ke negeri 9. Kami sempat singgah sekejap hantar barang2 yg x berkenaan kat rumah di S.alam.

Raya ketiga, kami sekeluarga bersama famili hubbby aku , pergi beraya rumah mak2 sedara belah negori pulak. Aku ingatkan dapatlah merasa soto ayam ke daging salai masak lemak ker.. alih2 biskut raya jer. Yer la dah raya ketiga mana nak ada semua tu kan… Tahun depan la pulak klu di Izinkan Allah S.W.T.

Seperkara masa kamii pergi beraya ke rumah bakal BIL, seorang penunggang motosikal kuasa besar terbujur kaku di tengah2 simpang tiga jalan menuju ke Serting Hilir (kalau tak silap). Agak menyayat hati bila melihat mangsa menemui ajal dalam kemalangan jalan raya. Hanya Al-fatihah yang aku mampu berikan. Dalam hati aku sempat berkata “bertambah lagi  jumlah korban opss sikap tahun ni” nak salahkan pemandu2 kenderaan saja tak boleh juga. Simpang tiga tu agak sibuk sepatutnya buatlah lampu isyarat untuk memudahkan pengguna jalanraya. Atau sebenarnya memang ajal hamba Allah itu sudah sampai hanya kemalangan itu sebagai penyebab kematiannya.

No comments: