17 July, 2009

Sumpahan ikan sebarau

Info yg di ceduk dr wikipedia:

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia. Ikan Sebarau merupakan ikan air tawar. Ikan ini banyak tulang halus berbanding dengan ikan lampam.

Ikan Sebarau biasanya terdapat di sungai-sungai yang mengalir deras. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang.

 

Sumpahan Sebarau

hujung minggu lalu,aku sempat bersembang2 dengan mak tiri dan adik perempuan aku mengenai asal keturunan keluarga kami. Menurut cerita mak tiri aku yg dlu nye pangkat mak sedara sebelum berkahwin dengan ayah aku,Keluarga kami tidak bole memakan ikan sebarau. sejenis ikan sungai yg byk tulang.

 

Seperti yg diceritakan:
Alkisahnye keturunan nenek moyang aku dahulu sebelah datuk berasal dr keluarga bangsawan di Banjar Masin, kalimantan Indonesia.
Mereka datang merantau dan membuka tanah di sekitar sungai manik. Dikatakan mempunyai banyak tanah hasil dr penerokaan hutan. Disebabkan nenek moyang aku dahulu melanggar pantang memakan ikan sebarau, maka banyak harta tergadai dan jatuh miskin.

Aku antara percaya dengan tidak cerita mak aku ni. Macam cite dongeng jer aku dengar..nak2 plak bila kata dr golongan bangsawan.  Tapi mmg dr kecik keluarga kami x mkn ikan sungai. Tak tahulah klu ini penyebabnye.

tapi dr pemerhatian aku mmg datuk2 aku seorang pelaut yg handal dan bole membina sampan  yg besar seorang diri. Malah boleh berkebun atau buat apa saja pekerjaan berat seorang diri.Dan setiap seorang datuk2 aku mempunyai senjata warisan.
Datuk sebelah aku menyimpan sebilah parang panjang yg kononnye ditempa selama 7 jumaat. Sekarang ni senjata tu ada bersama opah aku dan  hanya berbalut kain kuning saja. Parang panjang ni pernah di gunakan semasa perang dengan tentera jepun.

tapi aku x nampak plak tanda2 yg lain. Sebab atuk aku seorang yg pendiam dan jarang bercakap atau bercerita dengan cucu-cucunya.

Mungkin amalan2 dahulu telah dibuang oleh Atuk aku. takut nnt akan mengganggu anak cucu nya.

Cuma ada 1 cerita pasal parang panjang atuk aku yg aku tau telah di pinjam oleh orang utk membuat kerja2 x bermoral. Sewaktu si peminjam ingin keluar rumah parang tu secara tiba2 jd berat dan tidak bole di bawa menyebabkan si peminjam menghantar semula parang berkenaan.

Wallahu`lam aku  tak tau sejauh mana benarnya kesahihan cerita ini. Aku hanya sekadar mendengar dan bersyukur dengan kehidupan yg aku kecapi sekarang.

No comments: