23 December, 2009

kegilaan lama

Akhir-akhir ini, terasa semacam bersemangat pula untuk meneruskan hobi lama mengumpul setem. Rasanya kali terakhir aku meletakkan setem ke dalam album setem, adalah 12 tahun yang lalu. Agak lama juga tu.Sayang sungguh ada sebahagian kecil setem-setem yang dikumpul telah hilang dari simpanan. Mana tidaknya, album-album setem terbiar di kampung. Kali ini aku akan pastikan koleksi setem lama itu mendapat perhatian yg sewajarnya hehhehehe.

Teringat masa dahulu waktu sekolah rendah, hobi mengumpul setem, duit syiling lama menjadi antara hobi yang popular.Zaman sekarang ni masih popular lagikah hobi sebegini di kalangan budak-budak sekolah? Kebanyakannya lebih suka bermain PS2 online games.mmm tak taulah sebab anak belum bersekolah lagi, dan adik-adik pulak sudah bekerja.

Baru-baru ni dapat setem Japan yang masih belum digunakan. Supporter dari satu ofis dengan aku yang bagi. Terkejut jugak dia tengok aku gigih mengumpul setem. Mana tidaknya dah jadi mak-mak masih lagi nak meneruskan hobi ni.

 

PIC_0065

arigatogozaimasu Iwami san.

No comments: