05 August, 2009

weekend lepas

weekend lepas aku berjaya menerjah ke sale Gudang Anakku. Konon2nye sebelum pkl sepuluh pg aku nak dtg, punye la Xcited nye alih2 sampai pkl 11 pg. Che Fid siap nak balik dah.. Dlm 2 jam gak la abis masa kat situ. Tak banyak pun shopping baju bebudak ni. saiz baby je banyak yg baju junior plak besar sesangat. Kurang syeikh la aku shooping waktu tu.

Next, aku pergi PKNS plak tgk pesta buku shah alam. Buku2 keagamaan byk kali ni. Che Mat plak nak buku Ensikopedia Dinosur, harga boleh tahan la, tp pergi round2 kat tempat lain dlu pastu bole terlupa nak pergi beli buku Dino tu. Nasib baik Che Mat tak merajuk. Aku pun dapat gak rembat satu buku psl jahit menjahit ni. siap minta diskaun boleh! biasa la klu tak tawar menawar tak sah.

rasa macam hari masih siang lagi sambung plak beli barang dapur kat Tesco..Che Mat siap tertido dlm troli kepenatan.. kesian

No comments: