28 October, 2009

Jalan-Jalan

Bulan ni dapat jugak merehatkankan minda bersama hubby dan anak2. Pada masa yang sama dapat jugak melawat Tuk  dan sedara mara di kampung.  hari pertama kami jalan2 ke Teluk senangin di lumut. Tujuan asal nak makan2 dan mandi manda. Ingatkan pantai dia  landai dan berpasir macam di Teluk Batik. Sekali sampai je, penuh dengan orang sedang memancing, siap bawa khemah dapur bagai.  

Terdiam kejap lar kehampaan. Sudah tersalah port la pulak. Syurga pemancing rupanya.Pasir dia banyak cengkerang siput yg sudah mati. Tidak sesuai sangat utk mandi manda bersama keluarga. Tapi ada jugak family yg mandi kat situ.Tapak kaki hubby siap berdarah terkena serpihan cengkerang siput. Kami lepak dalam satu jam, siap perabih makanan yg kami bawa.

Next, on the way nak ke pantai Remis untuk beli ikan, nampak sign board PUSAT PENGURUSAN PENYU. Alang2 dah sampai ke situ kami pun menyinggah la sekejap.Masuk adalah percuma tapi tak pasti la sebenarnya percuma atau tidak,tempat tu tak ada orang jaga. May be sbb hari Ahad kot. Itu pasal la kami dapat masuk FREE. Tapi tempat anak2 penyu tu telah di pagar, untuk mengelak anak2 penyu dari di sentuh atau di curi oleh pengunjung.

 

IMG_0441 peace yo!!

 

Che mat ngan Imani syok dapat tengok penyu-penyu kat situ. Anak2 penyu memang cute la, Che Mat suruh bawa balik, mana nak di campak kan  nnt kalau bole pun kan . Tak hidupnya klu pakai air paip je. Tak dapat la nak oiii!! klu tortoise tu boleh la

 

IMG_0466

kata Che Mat ni adik penyu dengan kakak penyu hahahahahah!!!

 

IMG_0489 merenung nasib penyu ke kome berdua nih!

No comments: