01 October, 2012

Yang terjadi pasti ada rahmatNYA.

errmmm...
mungkin kes macam ni orang lain kat luar sana tu pernah merasa. Dan selalu aku dengar cerita pasal orang lain kena dibuang kerja beramai-ramai.
Tapi kali ni kes seumpama ni berlaku dekat dengan kehidupan aku.
Tak dapat dibayangkan bila bangun pagi-pagi bersiap seperti biasa pergi kerja, tiba-tiba bila sampai di ofis bos kata, kamu telah diberhentikan kerja kerana company telah bla...bla..bla..owh! rasa nak gugur jantung mendengarnya.Rasa dikhianati oleh majikan setelah berkhidmat berpuluh tahun.

Tak tahulah Macam mana nak redakan hati yang gundah gulana memikirkan nak cari kerja baru pulak untuk menanggung keluarga. Bagi yang berkahwin dan punya anak mau rasa macam nak gila.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Walaupun aku tak la berapa baik sangat dengan staff group sebelah.kekadang tu ada jugak rasa menyampah dengan sikap diaorang.Tapi bila dah jadi macam ni sedih dan kesian jugak bila mendengarnya.

Tak semua orang hidupnya senang walaupun bergaji dan bertitle sebagai engineer atau manager.Masing-masing ada cerita kehidupan sendiri.
Walau apa pun harap mereka kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan. Moga kejadian seperti ini menjadi titik tolak pada kejayaan baru dalam kehidupan mereka. Yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. InsyALLAH.

No comments: