25 October, 2012

kitaran 180 darjah.

25th oct 2012

first of all. happy birthdays to me yang ke……. tak kan nak revealed pulak kan (nak ngelat). kononnya' ‘ biarlah rahsia umur tu hehehe’. Sekejap jer masa berlalu dan dalam tak sedar tu sudah 180 kitaran pusingan kehidupan aku lalui.

Hidup aku hampir lengkap, ada suami, ada anak, ada kerja walaupun tak mencabar atau making profit menggunung. Tapi Alhamdulilah semua itu amat berkadaran dengan aku. Dan Allah S.W.T amat adil pada hambanya. Hidup di dalam serba sederhana dan harap2 sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.

Masa memberus baju sekolah Che Mat tadi teringat 25 tahun dulu. Aku memberus baju sekolah sendiri, memberus baju adik-adik. Dan kini aku memberus baju sekolah anak aku pulak. Satu putaran telah aku lalui.

Harapan moga aku sentiasa sihat dan ceria untuk sentiasa dapat menjaga insan-insan tersayang yang sentiasa berada di sekeliling aku.

Selalu birthday aku akan jatuh pada perayaan Deepavali. Tapi tahun ni Baru dapat meraikan hari lahir berdekatan dengan Hari raya Aidiladha.

birhday wis

No comments: