Apa ada dengan kerang.


kerang ni kalau dibakar cicah dengan air asam fuh! memang mabeles ko.
Dulu aku alergik sikit dengan kerang nih. Naik menyampah pun ada. masa kecik-kecik dulu boleh dikatakan setiap 2 hari sekali mesti ada kerang dalam talam makan tengah hari. Dah tu tak ada dah resepi lain asyik-asyik sambal kerang. Sampai dah tak lalu dah nak tengok kerang huhuhu. mungkin waktu tu kerang sangat murah kut. Tu yang abah aku rajin membeli.Waktu tu bukan nak berlagak kata kaya ke apa yang tak makan kerang tu. tapi menu kerang tu dah jadi main dish kut. kalau hari-hari dihadap benda yang sama mana tak mue kan. selalu aku skip makan tengahari kalau ada kerang. putus selera.

nak dijadikan cerita baru-baru ni sewaktu kitaorang bergathering raya.member aku ni hidang pulak kerang masak tauchu. katanyer resepi masakan jawa. sedor tak sedor 3 kali aku bertambah makan. dah hilang dah alergik nyer yek.Kecoh sekejap le member meja sebelah sebab tak sempat nak merasa udah aku kerojekan hahaha. aku selalu kalau beli kerang untuk masak char kuey tiaw jer.

teringat pulak pagi-pagi tadi nak mengugel resepi kerang masak tauchu ni kut-kut ada blogger yang sudi berkongsi resepi. macam-macam menu jawa le keluar tapi tak jumpa la bahan yang ala-ala yang aku makan tu. Ada jumpa blogger indon tapi udah bahasanye pulak kelaut. tak paham aku nak mentranslatekan bahan-bahannya ke BM.

nak bertanya ke member tu katanyer mak dia aje yang tau resepi. maleh le nak bertanya panjang lebor.kita tanya pacik gugel aje ler.

penyudahnya jumpa jugak resipi ni kat hmetro.com.my setelah puas terjah rumah ke rumah yang kat metro ni paling hampir dengan yang aku uji rasa masa raya itu hari. kira yang ni resepi yang paling simple ler. Ada banyak versi rupanyer.ingatkan resepi dia nama kerang masak tauhu berlengkuas rupa-rupanye:
nah tengok kat sini.

RESEPI: SAMBAL TAHUN KERANG nama di beri hukaloh! kome
-----------------------------------------------------------------------------------

pix_middle
Bahannya:

2 kilogram kerang
5 sudu minyak
4 inci lengkuas dihiris halus
Santan (sebiji kelapa, ambil patinya)
2 sudu taucu
Sekeping asam keping
20 biji cili padi (atau mengikut selera)
Garam, gula dan perasa secukup rasa


Bahan ditumbuk:

2 batang serai
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci belacan
2 inci halia

cara-caranya:

pix_gal1

SEDIAKAN...lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, serai, asam keping dan belacan.

pix_gal2

sediakan juga taucu, cili padi dan santan

pix_gal3

LEBIH SEDAP...ditumbuk bahan dengan lesung batu lebih sedap rasanya

pix_gal4

TUMIS...bahan ditumbuk itu ditumis hingga naik bau. Masukkan taucu dan kacau beberapa minit.

pix_gal5

DIDIHKAN...masukkan cili padi, lengkuas, santan dan asam keping. Biarkan mendidih dalam api sederhana.

pix_gal6

KERANG PULA...kemudian masukkan kerang dan masak hingga kering. Pastikan ia sentiasa dikacau supaya tidak hangus.

Tak tahu pulak aku SAMBAL tahun kerang selalu dimasak di musim perayaan atau kenduri-kendara yang sangat digemari masyarakat Jawa. Selain kerang, ada yang menggunakan ikan bilis ataupun perut lembu.

Kenapa ia dipanggi sambal tahun? Rupa-rupanya kerana teknik masakannya yang lama berserta api sederhana, ia boleh tahan lama. Sambal ini boleh disimpan dan semakin lama semakin sedap rasanya.

boleh jugak terjah kat rumah mak long kalau nak bahan2 yang lebih mabeles.

balik rumah ni kompem nak try resepi ni. Tak sabo pulak nak cari kerang hahahaha.

foto dan resepi kredit to: hmetro.com.my

Comments

Popular Posts