08 July, 2012

Warung pecal lele dan xtra joss.

Kedai makan ni rupanya faveret budak2 U kat shah alam ni. Famous kedai ni tapi kedai dia rupa buruk sikit huhuhu. Dah lama kedai ni beroperasi cuma aku jer macam tak pernah dengar.Padahal dekat jer dengan rumah aku. Kedai ni kat area padang jawa. Senang jer nak cari. Kalau dr pintu belakang UITM jln terus sampai jumpa traffic light depan puspakom padang jawa. Jln terus lagi sampai naik flyover masuk simpang pertama di sebelah kanan. pas tu jumpa la kedai makan kat situ.

Ni kalau budak ofis si faza tur tak bagi tau memang lah sampai ke sudah tak tahu. Tapi kitaorang cakap kedai Xtra Joss jer sebab dia tak tahu nama kedai tu. Sekali aku ternampak pulak ada signboard tulis tempat letak kereta warung pecal lele.

Tak tahu la kenapa dinamakan pecal kan tapi lele tu diaorang kata ikan keli. So menu utama dia nasi putih dan kuah dia main ceduk je lah kat kedai tu nak yg mana kan. Yang istimewa katanya air dia letak serbuk xtra joss. Cakap aje nak perisa apa. Air dia pun murah. Air dan nasi + pecal ayam/bebola daging/ikan keli hanya perlu bayar dalam Rm 6 atau rm 7 jer. memang la murah bagi student kan.

20120705_223424

ni air xtra joss mangga..rasa dia mcm air bergas tp tak kuat sangat.

kalau pergi kedai dia memang la ramai orang dan yang buat senang sikit sbb stail layan diri. nasi putih, kuah or lauk-pauk tambah dan sup kosong kena la ambik sendiri. sup kosong dia pedas. Cuma nak tunggu lauk yg kat bawah ni jer lambat sikit kalau org ramai.

20120705_220222

Yang speselnya dia letak sambal tomato, ayam tu dlm bekas kayu. Rasanya tokey kedai dia ni org indon kot. Sebab makanan ni mcm ala2 org sana kan nak pulak semua pekerja dia orang seberang jugak. Pada yang dah biasa makan dlm suasana macam ala2 hotel or kopitiam rasanya tak payah datanglah kut..hahahaha karang lemah semangat pulak kan. boleh pulak aku review kedai ni mcm ni.hehehee

Tapi walaupun kedai dia buruk sikit tapi makanan dia sedap terutama bebola daging yg di cicah sambal tomato tu. Sangat mengenyangkan. No wonder lah student ramai datang.

Serius ramai yang dah cuba dan tercari2 kedai makan ni sebabkan pecel lele atau air dia yg mmg xtra joss hahahaha.

 

20120705_223439

makan sampai pinggan licin hahaha

Tapi pada akulah tak mengecewakan klu dtg ke  kedai ni semata-mata nak mencuba makanan dia.

1 comment:

muhd firdaus said...

awk x tau ke kedai tu pasang ilmu pelaris......disyaki makanan nampak panas tapi apabila makan jadi x panas dalam mulut