09 July, 2012

Hari sukan vs karnival D7

Ni kalau aku tak jumpa surat yang sekolah bg dah tentu aku tak tahu ada hari sukan kat sekolah Che mat hari ni. DIa tak bagi tau pulak kena datang ke tak. Sebab acara sukaneka untuk budak2 darjah satu ni dah buat dah. hadiah pun dah dapat. macam biasa la hadiah dia mesti tipuware hehehe dan seperti biasa mak dia jugaklah yang akan rembat tipuware tu (^_^).

So, aku pun pergi jugak lah tengok kat sekolah dia. Tapi tak  banyak acara sgt dan abis pun awal dlm pukul sebelas.

20120708_110340

lepas abis sukan br dia ckp tak payah dtg pun  tak per sebenarnya… hahahaha rumah sukan Hijau menang keseluruhan. Tapi kheman terbaik dr segi hiasan jatuh kepada rumah Kuning. Rumah sukan Che Mat.

Singgah makan dulu di restoran Pak su. sebelum pergi terjah karnival D7 pulak kat sekolah menengah sek 7. Nampak menarik jer tadi masa otw nak ke sekolah Che Mat.

20120708_122136

penat bebenor la rupanya sampai tertido kat meja makan.

okay!, singgah sekejap kat Sek Men sek 7. Wah! best karnival dia. Macam-macam Ada. Pony ride, go cart, menunggang moto berkuasa besar, Boleh naik helicopter lagi. Bilik pameran pun banyak siap ada artis Ana raffali, May mus..Flying fox, sukan air, memanah, Rumah Hantu pun ada. Gerai jualan pun banyak. macam-macam lah. Rajin cikgu2 dia anjurkan karnival macam ni.

Tapi yang paling tak boleh blah tur.. Naik moto berkuasa tinggi. Ingatkan ada VVIP ke yg dtg siap ada moto berkuasa tinngi dok keliling area sek 7 tu. Rupanya salah satu acara kat situ. Tak tau pulak la berapa bayaran untuk naik moto tu kan. Tapi sempat la Pak Enchek tanya bayaran untuk naik heli tur.. Sorang rm98 hengget. Tak kira kecik ke besar. hahahah mahal ko. tapi ramai jugak tu yg naik. Kaya..kaya deme.

20120708_132614

20120708_133007

20120708_133034

20120708_133050

20120708_133341

20120708_133349

20120708_135236

sebelum balik posing dulu kat depan kereta bomba ni.

No comments: