Telekung kanak-kanak DIY

Salam..

Syoknya lagi 2 hari lagi InsyaALLAH akan masuk ke bulan ramadhan. Harap-harap masih berkesempatan untuk menjalankan ibadah puasa tahun ini. So, mood ramadhan pun dah mula terasa-rasa . Ingat tahun ni nak pergi sembahyang terawih berjemaah dekat surau depan rumah hehehe.

Tahun-tahun sebelum ni susah sikit sebab Che Nah masih kecik susah nak handle karang buatnya dia menangis time tengah sembahyang haru pulak suasana dalam surau huhuhu. Kalau dia menangis bukan suaranya boleh di perlahankan macam volume radio kan. Mau orang dok jeling aku pulak hehehe

kain putih dah lama dah beli tapi selalu saja tertunda nak jahit mini telekung untuk Che Nah. Selalu Che Nah guna jer tudung dia tu buat sembahyang. kali ni dah ada telekung harap dia bersemangat lagi nak bersolat hahaha.

20120715_190813

buat simple jer letak riben dan jahit corak sulaman keliling telekung. Bukannya apa aku memang niat asal tu nak beli jer telekung dia. kan sekarang ni macam-macam corak dijual, ada gambar strawberi lah, tembikat, polkodot. Tapi Pak Enchik tak suka katanya. karang orang tak kusyuk sembahyang dok tengok ke telekung yang gambar buah-buah tu. hahaha ada yang pikir pasal makan pulak time sembahyang, cam ne tur..

lagi pun kekadang tu aku rasa harga kain telekung budak ni pun mahal jugak. Yang simple pun boleh harga 3 ke 4 puluh ringgit. hehehe aku bukannya banyak duit bebenor kome wei..Dah ada mesin jahit tu moh le kita buat sendiri yer dak.  lagipun rasanya tak le susah sangat nak jahit. kita tiru jer kain telekung yang kita guna, ukuran tu main agak2 jer la yek. Tak pun kita tanya pakcik gugel cara-cara jahit telekung hahaha.

Untuk Che Nah 1 meter kain yang bidang 60 sudah cukup sebab dia tak lah besar mana. Kos riben dan kain + benang dalam RM12. Bak kata kamdar berbaloi-baloi.

psssst: memang kain tu beli kat kamdar pun hahaha (' _^)

Recently Updated

tengok tu kemain suke Che Nah. kalau bergambo tak sah le kalau tak piece yo! satu yang tak boleh blah sikit-sikit  dok korek idung jer kerjanya. Tu ngikut sapa la gamaknya..Pak Enchik sila jawab yek..

Comments

Popular Posts