18 July, 2012

Mencece

hari ni hari mencece aku
tau apa itu mencece.. nak tau kena nyanyi dulu lagu P.ramlee bujang lapuk 'oiii mencece mencece mencece mencece mencece'

Mood menulis mencece ni bukannya selalu datang. kalau dah datang tu tak koser dah nak halang-halang hahahhaa

Benda pertama aku nak mencece.hahaha mcm la banyak benda nak mencece. Aku ni kan tak faham betui la apasei nye tandas kat malaysia ofis aku ni kalau masuk jer mak oii bau dia boleh melumpuhkan sekawan gajah.

Harum semerbak tak pe, ni baunya hancing tahap gaban..aduyai!! pitam..pitam.. tak kisahlah kan nak beristinjak tu guna batu ker kertas ker tisu ker..atau yang lebih afdhalnya guna air ker,janji pam tandas dan siram area yang berjejeh-jejeh air ehem..ehem tu kan.

satu lagi kalau membuang air besar tu tak boleh ke siram 'anu' tu dulu, ni menyesakkan lubang idung aku yang tenggelam ni. Dah la lepas makan nak gi basuh tangan dan berkumur terus jadi muntah mungik lak kat sink.

Susah nak kata la..klu tandas awam macam kat shooping compleks tu  faham la jugak.macam-macam jenis orang yang guna. yang tak tahu guna tandas pun opkos la ramainya. ni kat opis aku ni, bukan calang-calang orang semuanya level2 executive, yang berpelajaran tinggi ko. Tapi still tak dapat nak maintain kebersihan toilet. Bersih dari segi bau dan kekotoran kekdahnya.

Tapi kan aku bukan nak pandang kerek le kat satu kaum tu kan. Tapi aku dah perhatikan banyak kali dikalangan kaum ni klu guna toilet diam je tak de dengar bunyi apa-apa pun start masuk sampai le keluar, tapi bau dia memang all out lah.

Ada la sorang dua yang pam toilet tu,ok ada la good attitude sikit kat situ. tapi yang main buang je bahan kumuh derang tu sangat ramai
(sori kalau ada yang tengah makan masa terbaca cece aku ni huhuh)

siap aku tanya pancik gugel apasal toilet boleh bau han_keching.. dah tak tahan dah tau.
Rakyat malaysia please lah jaga kebersihan tandas. Jangan muka je cantik tp kalau ke bilik air/tandas hancuss.... Ingat tandas ingat orang lain jugak okey..

khidmat masyarakat ini dibawakan oleh yayanosoros.

2 comments:

Anonymous said...

wakakkaka...jd conan ke kakyan....membongkar misteri toilet.. - nuyuu

ImanAzyan said...

haruslah mengconankan diri.. kena pki spek mata besor nak skodeng org yg buat onar di toilet haha

ada toilet nak guna hahaha