18 September, 2012

PD tu PORT DICKSON ler.

Aku rasa kalau buat POLL tempat dalam Malaysia yang orang pernah pergi. Mesti PD ada dalam list. Rata-rata orang mesti pernah jejak kaki ke pantai PD.

Tapi serius aku tak pernah pergi PD uols. hahahaha malu beb nak ngaku. Ntah kenapa ntah aku memang tak pernah jejak kaki kat PD sehinggalah semalam eh! ahad lepas. Itu pun singgah sekejap sebab otw hantar pak su diaorang kat ALAM.

Sampai pun dah petang, jadi duk rileks-rileks makan jajan dan jalan-jalan di gigi air hahaha. budak 2 orang tu mula-mula main-main air. Tak sangka pulak Che Mat sekali kecebur dalam laut. bapak dia punye gelak la. Sebab sebelum ni dia memang penakut nak mandi laut. Selalu main pasir jer.Che nah jangan cakap ler memang hantu air.Pantang.


Tapi kalau nak compare dengan Teluk batik aku rasa macam seronok lagi kat teluk batik. Yer la aku membesar kat situ pantai tu jer la dari kecik duk ulang-alik pun. Tapi aku rasa teluk batik lagi best lah hahahaha.

 

Pictures1
dalam air pun gigih che nah nak buat aksi fire ultraman Zero dia hahaha.

No comments: