27 September, 2012

kekal Fit sepanjang Usia

Ok, belum habis lagi cerita pasal metabolisme. Penting betul sampai asyik cari onfo pasal ni. Tak dinafikan bentuk badan kita akan berubah mengikut peredaran masa dan usia,gaya hidup, diet dan perubahan metabolisme. Baru la aku ni nak tersedar dan mencari apa yang badan aku perlukan untuk kelihatan segar, bugar dan sihat. Nak be young alwiz gitu kekdahnya! lol.

Terjumpa artikel berkenaan dengan saranan kekal fit selaras dengan usia. Wah! sekali lagi aku teruja hahahaha

semalam dapat tips nak kurus, hari ni tip untuk kekal Fit dan bertenaga. Sukenya hati mak! tak terkata you.

Umur 20-an
Waktu ni metabolisme berada di peringkat tertinggi. Tetapi bila seseorang sudah masuk ke alam pekerjaan. Tubuh banyak kehilangan massa otot. Menyebabkan metabolisme akan menurun kerana otot membakar kalori tiga hingga empat kali ganda lebih cepat dibandingkan lemak.
mengikut kajian di Colorado state universiti kesalahan paling banyak dilakukan adalah mengamalkan diet tanpa senaman.Ini akan melambatkan tingkat metabolisme. hahahah aku le tur.
penting juga untuk mengambil banyak kalsium kerana kajian terbaru menunjukkan mineral ini sebenarnya boleh membantu untuk lebih segar.
Doktor menyarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari. Idealnya berasal dari makanan seperti susu, yogurt di samping senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30minit.

Umur 30-an.
ni kategori aku ni sweet 30teen hahaha perasantan..
Senaman bagi wanita pada usia ini bukan menjadi keutamaan. Pulak citernye.. Ini kerana sebahagian besar daripada mereka sibuk dengan pekerjaan dan menguruskan anak-anak. Tetapi jika tidak bersenam secara teratur boleh mengakibatkan kehilangan kira-kira satu kilo massa otot setiap tahun yang akan di ubah menjadi lemak.
lar patut pun aku banyak lemak.. memang aku tak bersenam pun, 7 tahun punye lemak terkumpul huhuhu
kajian menunjukkan senaman boleh membantu meningkatkan metabolisme sekitar 80 hingga 150 kalori setiap hari. Diet kaya protien boleh juga meningkatkan tenaga untuk pembakaran lemak.

Usia 40-an
metabolisme semakin menurun dan kekuatan semulajadi hilang jika tidak menjaganya dari awal usia 30-an. Tetapi jangan bimbang, anda boleh meningkatkan kadar metabolisme dalam mana-mana usia pun.
Untuk tetap segar dan bugar pada usia 40-an, tubuh memerlukan kurang dari 120 kalori setiap hari untuk menjaga berat badan dibandingkan ketika berumur 20-an. Tingkat aktiviti mulai menurun pada peringkat ini. Cuba banyakkan senaman berjalan kaki.
Yakinlah untuk makan protien tidak berlemak, buah-buahan dan sayuran. Lanjutkan senaman kekuatan dan latihan menegah. Senaman sangat penting untuk mempercepatkan tingkat metabolisme sekalipun usia anda 45 atau 20-an.

Keywords dia: SENAMAN jugak lah yang penting dalam diet. Segala produk ubat kuruskan badan hebat cam ne pun tak dapat berikan kesan maksimum kalau tak bersenam. Tak percaya! cer korang perhati ada yang tokey jual ubat kurus tapi dia pun tak le kurus mana hahaha semua tu more tu bisnes je. Kalau ada produk yang boleh kurus tanpa senam ermmm.. haruskah aku musykil apakah bahan terhebat itu hehehe.

wallahuaklam..

1 comment:

Anonymous said...

It's awesome to pay a visit this web page and reading the views of all colleagues concerning this article, while I am also eager of getting know-how.|
[url=http://instantonlinepayday.co.uk/]payday loans uk
[/url]