24 September, 2012

Newspaper Fabric bag (^_^)

Sebulan kalau tak pegang mesin jahit memang tak syoklah. Bulan ni jahitkan beg untuk Che Mat bawa pergi ngaji.Tote bag yang free tu dah koyak rabak dah.Tak ingat beli apa dapat free bag.

Dia request nak gambar robotlah, dinosourlah. Mana nak cari hujung-hujung bulan time poket kering ni. Memang la takat nak beli semeter tu apelah sangatkan. tapi aku tak boleh masuk kedai kain takat dalam poket rm10 jer. Meroyan aku tengok kain-kain yang cantik nanti hahahaha

selalu mesti nak sambar barang semeter dua kain yang cantik untuk stok menjahit yang ntah bila-bila nak datang kan.

kali ni jahit jer la beg guna kain corak surat khabar. Dulu-dulu masa aku darjah 3 ke darjah 4 gitu. Corak surat khabar ni fofulerrrrr.... siap ada t'shirt surat khabar lagi. Masih teringat lagi aku pernah gi shopping kat pasar sehari di teluk intan. waktu tu memang best giler pasar teluk intan ni. area dekat depan bus stand T.intan.

Seronoknya zaman kecik-kecik dulu dan paling best aku lahir dalam tahun 70-an. Tahun yang zaman kanak-kanak yang paling best dengan permainan-permainan kampung. tak macam sekarang asyik-asyik main computer game, henfon game boring!

20120923_203548

newspaper fabric design

murah jer kain ni RM3.90/meter  kalau tak silap aku lar. dah lama beli kain ni.Beli pun sebab teringatkan kisah baju t’shirt surat khabar tu lar hahahah

1 comment:

ZulyKurus said...

Salam. Sis, kat mana yer beli kain corak suratkhabar nih? Ada kawan bertanya pula.. Terima kasih ya ;)