18 September, 2012

Dan Syawal pun berlalu 1433H dalam kenangan.

emmmm.. raya tahun ni nak kata meriah sangat tu idak ler.. so-so la kata orang kan. Tapi makan-makan di hari raya memang mabeles.macam-macam ada. yang terbaik kek red valvet cheese kat rumah Mak Ngah di keramat. Buat muka tak malu tapau sikit buat makan-makan di dalam kereta. Che Nah suka sangat ngan kek ni. kena la daku berguru pulak kat blogger di alam maya nak membaking ni..ntah bila la pulak tu kan..

Anak-anak yang dah pandai collect duit raya memang seronok lah. dalam kereta dok kira duit raya masing-masing dengan sepupu diaorang.Gamat la suasana raya walaupun hujan turun dengan lebatnya disebelah petang raya.

Open house tahun ni tak banyak sangat dapat terjah. Setiap weekend macam sibuk jer.  dengan hari sabtu yang kena kerja ganti cuti raya. Tapi rumah yang wajib pergi macam rumah k.Ana dan rumah K.Intan memang awal-awal dah terjah hahahaha.

Cuma rumah aku jer tak beropen sampai ke sudah. tahun ni memang tak berkesempatanlah. Buat makan-makan pun sebab adik-beradik nak datang jer. hehehe raya punya pasalkan bajet lari jer memanjang.

harap-harap masih berkesempatan untuk menjalani ibadah puasa dan berhari raya pada tahun hadapan. Moga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik Amin. Tak sabar nak ber’reunion raya ngan budak-budak kampung tahun depan yahuuuuu!!!! Y(^_^)Y ya beda beduuu.

No comments: