19 September, 2012

Korean drama..

ermmm..aku memang tak boleh nafikan aku dah terjebak sekian lama. bukan sebab pelakon dia yang sweet dan handsome. Tapi jalan cerita dia walaupun cerita cinta tapi banyak diselitkan kisah keluarga. Jugak lagu dia yang sedap didengar, scene yang cantik dan picture quality yang sangat bagus.

sejak aku dah tukar ke Astro beyond, bertambah-tambah gila tengok KBS dan OneHD duk layan drama-drama korea. Sanggup jugak aku download ost drama-drama yang aku minta. Seyes aku memang gile korean drama. pernah jugak layan dari malam hingga ke subuh. sampaikan keesokkan harinye jadi weng sebab tak cukup tido. Pergi shopping pun dalam keadaan ting tong. Waktu ni offer la apa pun mesti jawapannya YES or NO jer. Tak de bebel-bebel hahaha

Rasanya ramai peminat k-drama mesti akan layan mysoju atau epdrama. tapi sejak akhir-akhir ni mysoju macam susah pulak nak tengok drama free sebab link ke viki tv. kekadang tak compatible dengan henpon or lappy.

Sekarang ni tengah layan citer kat bawah ni. huhuhu seyes lagu dia membuai perasaan. hahaha membuat jiwa jadi sentiasa muda dan jiwa-jiwa. terasa alive gitu hahahaha podahhh!!! sampai Che Mat pun tanya 'mama bila citer kapten han da jin yer' yang tak boleh belah siap ada dwi bahasa tu. tak stim aku tengok k-drama dalam BM hehehe.

394382_326745050690513_119287542_n[1]

Tajuk citer: Yes captain / take care of us captain.

Citer ni best jugak, sampai ada la berangan kenapa la aku tak ambik course pilot dulu ekekeke. kalau tak mesti aku nampak smart pakai uniform awan biru so nanti bole tukar kepada Awan Yayan.  ahak! berangan...berangan... kan!! abaikan.  itu side effect tonton K-Drama or J-drama. Tak boleh nak tolong dah.

sebenarnya aku lebih dulu suka layan Japanese drama. Sebabnya dulu-dulu konon nak belajar bahasa jepun dengan tengok drama dan animax. tapi susah nak tengok online, kat stesyen tv tempatan pun  tak banyak J-drama. Tu yang beralih ke K-drama.kan bagus kalau sinetron indon slot tu di tukar dengan J-drama, tentu aku tak keruan nak pergi kerja wakakaakkaka.Paling last tengok J-drama kat tv3 citer long vacation kut. lama giler.

No comments: