Selamat hari guru 2012

Tahun lepas aku tak ingat nak suruh Che Mat preparedkan hadiah untuk cikgu dia masa di tadika.. Ntah sejak bila pun aku tak tau yang student dah jadi trend bagi hadiah sempena hari guru. Bagi aku memang tak kisah ler. tak la rasa membebankan sangat. Kalau yang dari keluarga tak berapa bernasib baik tu mau rasa kerdil je bila tengok kawan2 bagi hadiah pada cikgu sedangkan budak tu tak mampu nak bagi apa-apa.

Harap-harap cikgu tak melupakan dan tak membezakan antara pelajar yang beri atau tidak hadiah sempena hari guru 16 mei ni. Dan janganlah mengharapkan hadiah semata-mata yang penting tugas sebagai guru tidak dilupa. Kalau guru yang baik anak murid memang sentiasa ingat dan dengan ikhlas hati memberikan sesuatu yang bernilai kepada guru. dengan susah payahnye

Seingat aku dulu-dulu, aku memang tak pernah bagi hadiah pun pada cikgu.Maklumlah makan pun tak  seberapa inikan pulak nak beli-beli hadiah. Kedai yang jual barang serbaneka dan gift2 ni pulak jauh, kena pergi ke pekan koboi sungkai. tu kira dah jauh le bagi aku dlu. Naik bas mogah yang tak berapa semegah keadaannya. masuk felda pun boleh dikira berapa kali dalam sehari. Abis-abis pun naik prebet sapu jer la.

Tapi cikgu2 sekolah aku memang terbaik. cikgu zaman tu jenis yang mengajar betul2 punya yang memang nak tengok anak bangsa berjaya. Sampaikan Ada 2 , 3 guru  menetap terus kat felda kampung aku tak nak tukar sekolah. punya le depa tu syok duk situ hehehe.Harap2 cikgu zaman sekarang ni pun masih bersikap seperti cikgu2 zaman 80-an 90-an yang berperah keringat tanpa mengira wang ringgit tenaga dan masa untuk mendidik murid-muridnya.Hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalas jasa baik guru-guru semua.

Kali ni Che Mat awal-awal suruh belikan hadiah untuk cikgu. Aku tak tau la nak belikan apa. Tapi dia kata cikgu dah pesan kalau nak belikan hadiah beli barang yang boleh dipakai..wah!..wah! siap berpesan tu hahahaha.Aku dah tak nak fikir banyak-banyak karang boleh menaikkan darah tinggi aku. Aku terjah je ke DAISO tempat aku sefamili menghabiskan duit.

AKu sambar je la barang-barang kat bawah ni..kira bole dipakai jugakkan. Takkan nak beli seutas rantai emas pulak hehehe

 

20120512_164317

mug ni tengok cam comel jer..belasah jer la janji gift ..asal bole jer aku ni.

20120512_230028

Biasa la aku malas nak balut-balut hadiah,aku jahit jer beg jerut..mug tu aku balut dulu dengan bubble plastic wrap.

20120512_231349

Che Mat minta prepared 3 bungkus jer.. semua cikgu perempuan je dalam list dia ekekekek…

Comments

Fid said…
cantikk cantikkkkk
leha sukaaaa
ImanAzyan said…
leha ko pun gigih menjahit utk hadiah akifnyer kan hahahaha

Popular Posts