13 May, 2012

Bukit Belacan

Pertama kali aku sampai ke Bukit Belacan. Ni budak2 ofis group aku le plan nak bako-bako ayam kat sungai. Sampai je kat sana,Hari mendung semacam je. Elok landing je barang2 bawah bangsal terus hujan tapi bako-membako  ayam tetap diteruskan. hehehe dah alang-alang sampai kena sempurnakan plan ye tak.

Air sungai jangan kata ler keruh macam the tarik hahahha..Agak deras jugak dalam sejam gitu hujan pun reda. Dapat la budak2 dua orang main2 air basahkan badan jugak. Che Nah memang pantang nampak air. Laju jer dia mencelop kaki ke sungai tu. Buat-buat terduduk la. Akal dia tu nak mandi.

Sempat jugak la budak berdua ni dapat kawan baru Nama Muhammad Ali berketurunan Iran. Siap join main baling-baling selipar dekat sungai dengan Che Mat dan Pak Encik. Katanye bersekolah kat International school kat wangsa Maju. Mak Pak dia tak mandi tu yang laju jer menempal kat kitaorang hehehe.

Dalam pukul tiga semua berangkat balik.. Hari masih lagi mendung.Sesiapa yang nak datang bukit belacan tu, klu dr ampang point jalan straight jer sampai la nampak signboard ke bukit belacan. senang sangat. Tapi jalan nak ke bukit belacan tu teruk sikit la tak maintain. Ada sesetengah tandas tak ada air. kalau nak mandi memang susah. Rasanya aku bagi 2.5 bintang jer la kat tempat rekreasi ni. Lagi best kut Ulu Yam ngan sungai gabai ape ke nama yang dekat gombak tu…

 

20120506_154549

masing-masing dok asyik tengok beruk menghalang jalan....macam tak pernah tengok jer..hahahha

20120506_154601

batch yang ntah keberapa dalam ofis aku. Kira batch ni yang paling banyak bumi. Ni pun dah resigned 2, 3 orang. tinggal berapa kerat je kat opis tu. sikit lagi pupus la kut.

No comments: