31 May, 2012

Tepung Pisang Goreng

Siapa yang suka makan pisang GORENG..angkat tangan hahahaha.. aku memang peminat tegar pisang goreng. seminggu tak sah klu tak makan pisang goreng.

Ada ker orang malaysia yang tak makan pisang goreng..? bersepah kut orang yang jual pisang goreng ni. macam2 tepung diaorang guna untuk goreng pisang ni.

Klu para peniaga tu mungkin ada secret resipi la kan.. bagi orang yg biasa-biasa macam kita ni. setakat nak buat sarapan atau minum petang haruslah beli je tepung instant di kedai, jimat masa. Tapi kalau nak buat sendiri pun boleh..kena gugel la resepi utk dpt hasil yang mabeles yumm..yummm ..yumm..delicious.

meh kita review sikit pasal tepung goreng pisang yang ada kat pasaran. Wah! banyak jugak ekk tepung pisang goreng nih..sehangat pisang goreng jugak.

ok Tepung pisang goreng pertama yang aku kenal jeng..jeng..jeng.. MESTILAH ADABI..

tpg pisang 2gorengan dia memang aromanyer harum tp serap minyak dengan kadaran yg banyak...rasa makan minyak jer kut dr rasa pisang. jadi utk kurangkan serap minyak tpg adabi tu saya campurkan sedikit dgn tpg gandum. hasil dia memang lawa.

ke-2.. tepung goreng pisang Ts delima mcm kut nama dia kalau tak silap la. sebab stok tepung ni kekadang cepat habis. ni klu sekitar s.alam kat tesco je yg nampak ada jual. kedai-kedai runcit biasa tak nampak plak. Tp hasil gorengan dia best sgt2.tapi kena tambah garam sendiri dalam aduanan sebelum mengoreng. Tak serap minyak sangat.Rating..kena cuba Gambar tak dapat search la pulak..

ke-3 tepung goreng pisang jenama aroma ni memang mabeles gak tahan lama  kerangupan dia. tak perlu tambah garam dah.Pun tak serap minyak sangat. Rating..mesti cuba

tpg pisang 1

masa gugel td terjumpa ada banyak juga tepung goreng pisang pelbagai jenama. Tapi belum pernah cuba lagi.

tpg pisang 3

tpg pisang 4

tpg pisang 5

tpg pisang 6

tpg pisang 7

http://wwwnurasha.blogspot.jp/p/new.html

ni klu nak tepung nurasha ni klik kat blog dia.

ok ada banyak lagi tepung goreng pisang sebenarnyakan..bergantung pada kawasan jugak la… untuk tau rasa dia best ke tak kena la cuba kan.

ok pisang aper yang best utk buat pisang goreng…korang tau..? anataranya:

pisang yg aku rasa paling best ialah pisang TANDUK.

pisang tanduk

PISANG TANDUK

pisang nipah

PISANG NIPAH

pisang awak

PISANG AWAK

pisang nangka

PISANG NANGKA

pisang nangka ni klu buat kerepek sedap sangat..sangat

Untuk resepi tepung goreng pisang yang best kena la kita singgah kat rumah Hairul. 

tapi masa saya kecik2 dlu. Mak kawan saya yang sangat rajin, buat tepung goreng pisang guna beras yang ditumbuk halus dan dijemur. baru dia guna untuk buat goreng pisang.. teringin pulak nak pergi rumah kawan saya tu ..

kredit: semua gambar adalah hasil dari carian di google.

No comments: