02 May, 2012

come and go..

Setiap bulan ada saja yang muka baru dalam department aku ni. Ni antara engineer yang ala-ala berhenti beramai-ramai pada bulan lepas. Sorang dari group aku yang lagi dua tu dari group software.

Kekadang penat jugak aku ni, setiap bulan nak kena berkenalan, kenal peel sorang-sorang bila nak deal dengan diaorang ni. Bila dah elok-elok kenal borak-borak gitu yang kononnya ada le sikit kimia antara aku dan mereka. Dah berhenti la pulak. Nasib aku la kan siapa suruh nak jadi pekerja yang setia kerja sampai pencen di kompeni ni.

Aku pun dah tak ingat dah berapa ramai engineer yang keluar masuk department aku ni. Yang ada sekarang pun aku tak kenal nama dah. Mana taknya engineer yang baru masuk ni menyombong, tegur jangan le harap apatah lagi nak senyum-senyum gitu. Apa la yang ada dalam mulut diaorang tu emas berkati-kati kut.

Yang syoknya bila nak minta tolong pandai plak bermanis muka, seolah-olah dia kenal aku dah bertahun la pulak kan. Nare-nare shi la konon….ermmm! layannnn… 000

New folder

yang best si kecik Nadia ni kembar tiga. Suka dengar dia cerita kisah dia ngan kembar-kembarnya. Lepas ni dah tak dapat dah nak dengar kisah dia. sedey!

No comments: