13 May, 2012

Nasi kerabu simple.

Jangan gigih scroll sampai ke bawah untuk resepinya kalau anda nak kan resepi yang menepati standard nasi kerabu pantai timur  hahahahaha… sebab menu makan malam ni  Nasi kerabu segera.Main masuk jer apa yang ada kat dapur.

 

20120513_174038

mesti korang rasa macam tak cukup bahankan.memang pun budu tak de, sambal cili tak de..ni nasi kerabu plain jane heehhehe.

Bahan-bahan Nasi.

  1. Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
  2. halia
  3. daun pandan
  4. sedikit garam
  5. pewarna biru kalau tak ada bunga pukul sepuluh
  6. beras (saya guna beras basmati)

cara-caranya.

satukan semua bahan dan tanak. Kalau nak dapatkan nasi kerabu kaler biru dia lembut. titikkan pewarna biru tu dalam periuk kacau sampai beras sebati dengan kaler. Lepas tu buang air tadi dan masukkan air baru untuk menanak nasi. Sebenarnya terlebih titk pewarna tadi tengok air nasi dah biru macam nila baju pula. tu yang dapat ilham buang air tu masukkan air baru.warna dia memang cantik, biru yang lawa.

Bahan –bahan perap Ayam.

  1. Ayam yang siap dipotong dan dibersihkan
  2. kunyit
  3. garam
  4. serbuk kari
  5. ketumbar yang ditumbuk.
  6. serbuk cili (optional) kalau nak lebih pedas
  7. serai atau lengkuas yang diblender (klu ada)

cara-caranya: satukan semua bahan dan perap selama mana yang anda suka.

Bahan-bahan sayur: Aku cuma ada kobis dan daun silum jer. cincang2 halus je pastu gaul kedua-duanya.

sambal kelapa kosong yang digoreng garing dengan sedikit garam, gula,

tur jer bahan yang ada hehehe

selamat mencuba Smile

No comments: