03 May, 2012

Mencari Al-Quran

ALhamdulilah Che Mat dah habis membaca Iqra. Hari ni dia dah mula baca Al-Quran dah. Tapi aku tak sempat nak pergi membeli Al-Quran untuk dia semalam. So, tadi bergegas jugak la aku ngan Pak enchik pergi PKNS cari kitab untuk dia.

Tapi lupa pulak nak tanya ustazah nak beli Al-Quran yang macam mana. Last-last ambik AL-Quran yang siap dengan tajwidnya sekali dan coloring pada huruf2 tajwid. Harga untuk 1 unit yang ada tajwid sekali ni RM80 tak tau la aku kalau kedai lain boleh bagi harga yang lagi murah. Aku dah kesuntukan masa pergi satu kedai jer la tak kuasa nak pusing-pusing  turun naik mencari kedai buku malam-malam ni.. Kalau Al-Quran yang biasa tu harganya sangat la murah RM13 jer.

Korang rasa Al-quran yang bertajwid berharga RM80 tu murah ke mahal? Ada tak rasa korang nak tawar menawar harga ketika membeli Al-Quran?

Aku memang dah agak dah harga dia dlm lingkungan RM100, makanya tak la aku nak terperanjat ke apa. Lagi pun itu kan Al-Quran kitab bagi kita kan. Takkan nak berkira waktu beli pulak.Tapi aku keep wondering jugak ada ke orang beli Al-Quran minta tawar harga ekk…!

Korang dah beli AL-quran untuk diri sendiri? Harap-harap aku dapat le khatam lebih dari satu kali dalam setahun. InsyaALLAH.

20120502_225603

 

20120502_225631

No comments: