17 February, 2009

Evening Roses

Homemade choco made for my beloved sister Sri Ana. Saja buat utk dia,tak de kena mengena ngan valentine day, secara kebetulan buat pada weekend td. lg pun dah lama nak try resepi  Delila yg di ceduk dr myresepi.com

 

IMG_0216

Bahan-bahan ( 15 ke 20 biji )
  • 2 bar coklat masakan putih
  • 1 sudu kecil pewarna merah jambu
  • 1 sudu kecil perisa strawberry
  • 2 sudu besar crisco/minyak jagung
  • 15-20 biji badam (goreng tanpa minyak)
  • Paper cup secukupnya
Cara-cara
  1. Bahagikan Coklat putih kepada 2 bahagian.Double boilkan 1 bahagian coklat masakan putih.Campurkan 1 sudu crisco/minyak jagung ke dalam nya berserta 1/2 sudu perasa strawberry dan 1/2 sudu pewarna merah jambu.Kacau hingga sebati dan cair. Angkat dan masukkan ke dalam acuan coklat berbentuk mawar sehingga 1/4 penuh.biarkan keras di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  2. Keluarkan coklat dari peti sejuk dan letakkan biji badam di permukaan coklat. Ulang langkah-langkah di 1 dengan menggunakan baki coklat putih,perasa strawberry, pewarna merah jambu dan crisco/minyak jagung hingga cair.Tuangkan coklat tadi hingga memenuhi acuan.Sejukkan dalam peti sejuk hingga keras.Keluarkan dari acuan dan letakkan di dalam paper cup.Sentiasa letakkan coklat ini di dalam peti sejuk sehingga lah masa utk menghidang tiba.

No comments: