24 February, 2009

Biskut CornFlakes

Hari ni terasa nak baked biskut cornflakes utk Che Mat n Hubby. Dah lama x buat biskut sejak raya thn lepas. Biskut feveret derang ni klu buat satu tong drum pun x de hal nye, x makan nasi pun x pe dok mengadap biskut ni. Belum bakar lg dah cukai adunan nih… alamat aku nnt dpt serbuk jer lar…hehehehehehe

IMG_0221

Bahan-Bahan

2 cwn tepung serbaguna

1 cwn majerin @ mentega

2/3 cwn gula kastor

3 biji kuning telur

2 cwn emping jagung

1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

masukkan campuran tepung dan emping jagung yg telah diramas sehingga sebati

Pukul majerin bersama gula, kuning telur, esen vanilla sehingga sebati. Bentukkan doh menjadi bebola kecil dan susun di atas kertas pembakar tanpa minyak dan leperkan sedikit.

Bakar pd suhu 375 celcius sehingga keperangan, sejukkan sebelum simpan di dalam TUPPERWARE….

No comments: