17 February, 2009

CUPcake Jambu…

IMG_0202

 

Weekend lepas mimpi apa ntah aku teringin lak nak wat cupcake nih…selalu tgk cupcake org jer kali ni nak buat yg sendiri punye.guna resipi kat dlm buku variasi cupcake beli masa kat karangkraf.Krim icing dia aku buat satu kaler jer, sbb malas nye pasal . Tu pun main sapu je x decorate guna nozzle, sbb x pdi. In future kena belajo ni.

IMG_0204

IMG_0199

CUPCAKE MENTEGA

BAHAN-BAHAN

250 gram mentega

250 gram tepung berserbuk penaik

200 gram gula kastor

5 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

pewarna* optional

 

CARA-CARA

  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu
  2. masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung
  3. Masukkan tepung dan pukul hingga kembang
  4. Masukkan esen vanilla dan kacau rata
  5. Tuang adunan ke dalam bekas cawan mini beralas kertas dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan
  6. sejukkan sebelum dihias dgn krim

 

KRIM MENTEGA

BAHAN-BAHAN

125 gram mentega

125 gram lelemak sayuran (krimwell)

80 gram gula kaster

1 sudu besar susu sejat

1 sudu kecil esen vanilla

pewarna*

 

CARA-CARA

  1. Pukul lelemak sayuran dan mentega hingga berwarna putih
  2. masukkan gula dan pukul hingga gula larut
  3. Masukkan esen dan susu dan pukul rata ( berserta pewarna)
  4. simpan dingin

SELAMAT MENCUBA

No comments: