30 August, 2010

memoir of Almond London cookies…

Semalam Pak encik bawak balik dua balang biskut Almond London. katanya sedap, ditengok nye ramai orang membeli. Pak encik pun tak agak2 beli 2 balang.
Bila aku rasa macam biasa je. Tang mana sedap nye 'bang'. Tapi nak sedapkan hati pak encik yg bersusah payah membeli. Aku bagi la ayat pujian2 sikit kat biskut tur.

biskut ni ujung tahun 90-an ngan awal abad ke-20 mmg popular giler. mana2 rumah klu beraya semedang ada biskut ni. Ingat lagi aku masa baru2 abis spm. menumpang duduk rumah mak2 sedara yg single mingle lg time tu. masa tu aku bekerja kilang kat IPOH. pernah le aku melantak biskut ni tak ingat dah tetuan yg ada di rumah sewa tu.Hari berikutnye aku tengok ada lg biskut almond london ni. baru je nak bukak balang nak perabihkan le konon.. tup..tup tersembui mak sedara aku menyound aku ' weh! ko rupanye yg makan kueh ni yea. haram klu ko makan kueh ni bagi perabih. dunia akhirat tau? dan2 tu jugak aku campak balang tu ke meja jepung. terkejut ko kena sergah dr belakang. hilang stim nak makan kueh almond london. Serius rupanye dia menyound aku, ingatkan gurau2. aku sengih je la.

sampai sekarang klu beraya rumah ucu aku tu tak de ayat raya lain dah aku nak ucapkan. ayat ni ni kira wajib pembuka bicara. ' biskut yg diharamkan dunia akhirat tu tak buat ker?'

lepas aku dah abis belajo kat IPOH dan start keroje kat kilang jugak. Ada le sekali tu aku joyah ngan bedah teringin beno nak buat biskut raya. Sungguh2 kita org naik bas ke kampung jawa meminjam oven bulat dr kakak ipar cik bedah. Tak cukup dengan tu dibekalkan kitaorg dengan sebijik buah cempedak masak ranum. mak oii! bau dia semerbak, merebak ke segenap bas mini yg sesak dgn penumpang tu. dah le berdiri pegang oven pegang cempedak di bulan posa plak tu. seksa sungguh! siap ada mamat mana ntah menyound kata ada bau cempedak kat dlm bas. kitaorg tersipu2 malu. maklum le anak dara sunti si manis 17 time tu.

Resipi Almond london spesel aku mintak kat mak sedara aku hat sorang lg. punye le budgetnya kreatif nye kitaorg, yg almond tu kitaorg tukarkan dengan kacang minyak ( cik bedah kata kacang kentot) uli2  doh terap dan bla..bla.. siap bakar semua. Tiba proses mencelup biskut ke dlm coklat.

yg ni pun kreatif jugak. maklumle rumah bujang mana nak ada peralatan buah biskut semua. berpeluh2 le kita org bergilir2 mencelup biskut dlm coklat cair yg di double boilerkan kat dlm kuali. tak terpikir plak waktu tu nak bawa turun coklat cair tu celup kat  bawah. dr pukul 9 malam sampai le ke pukul 3 pagi menyudahkan buat biskut. kesian cik joyah siap tertido ngan tgn comot2. Hasilnye dapat le sebalang sorang. sedap jugak.tp tak bole le kitaorg nak panggil biskut tu dengan nama Almond london. jadi le biskut kacang kentot minyak London. Tu le kira pertama dan terakhir buat biskut kat rumah bujang 401.  Dah tak de dah versi biskut raya Almond london thn2 berikutnye. Tak sanggup weh nak bawa oven turun naik bas mini lagi di bulan ramadhan. cukup la sekali tu je.

No comments: