16 June, 2009

Sepetang di Teluk Intan

Teluk Mak Intan

Hujung minggu Lepas aku sempat jalan2 cari makan di Pekan Teluk Intan.

Agenda pertama aku dan keluarga, pergi makan kenduri kawin anak kepada kenalan FA&MA in law masa derang kat quarters navy di lumut satu waktu dlu.

Dah alang2 sampai kat sini, aku requested kat Hubby utk pergi melawat Menara condong Teluk Intan. Walaupun aku ni dlu dibesarkan di pekan Teluk Intan. Tapi x pernah sekali pun dpt masuk ke situ. Sbb masa aku kecik2 dlu tempat ni mana ada di buka untuk awam. siap berpagar lagi.

Kawasan sekeliling Menara telah byk berubah. Masa zaman 80-an dlu kat tepi dia ada market ikan punye la hiruk pikuk dan busuk lak tur. Aku ingat lagi kat depan menara tu ada untie cina jual kacang rebus. Waktu musim nak raya plak ada org jual mercun dan bunga api pakai kereta tolak.Nostalgik sungguh!

sekarang tempat tu dah cantik, dah jadi dataran. Market ikan lak dah di pindahkan, tapi kedai2 kecik depan market tu masih wujud lagi hingga ke hari ini. Dlu kat kedai ni la Abah aku selalu shopping beli kasut sekolah atau kasut raya. Seronok dpt menyusuri jln2 yg pernah aku lalui dlu masa zaman kanak2.

Dlu aku pernah tinggal kat Batak Rabit. Ganas betul namanya. Ntah sapa la yg bg nama tur.Abah bekerja di kilang kelapa sawit. rumah quartes pekerja plak kat depan kilang padi. Tapi sekarang tempat tu dah serba membangun dah x de lagi kilang kelapa sawit maupun kilang padi.

Alangkah bestnya klu dpt menyusuri jln2 di sini bersama Abah dan Adik, tentu banyak cerita lama yg Abah akan cerita nnt. ohh! rindunya kat Abah..

No comments: