PURI NASI + ISI AYAM

*MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

 

PIC_0606

 

Bahan-Bahan
- Beras
   (saya lebih suka guna beras wangi)
- Isi ayam
- Air masak secukupnya

 

Cara-cara
- Masukkan beras, isi ayam dan air
- masak sehingga kembang
- kisar dan tambah air jika perlu
- Sedia untuk dihidang..

 

PERIHAL BERAS
Beras/Oryza mengandungi zat-zat kanji,protien dan juga lemak.  Selain itu di dalam beras juga terkandung zat-zat logam seperti besi, kalsium,vitamin dan sulfat.
Zat oryzanol yang terkandung dalam beras boleh memperbaharui perkembangan pigmen melanin dan efektif menangkis sinar ultraviolet. .

Zat beras banyak diperoleh sekiranya beras itu dikupas kulit tanpa di bersihkan.  Beras yang dibersihkan berwarna putih berkilat.  Beras yang ada tanda merah pada hujung adalah lebih baik daripada beras yang putih bersih.   Di kalangan orang Melayu, beras yang ditumbuk dengan lesung lebih banyak mengandungi zat daripada beras yang di proses dengan mesin. 

Zat beras juga boleh hilang sekiranya cara memasak salah.  Memasak dengan periuk terbuka, membasuh beras terlalu bersih dan membuang kanji beras semasa nasi sedang mendidih boleh mengurangkan zat dalam beras.  Zat beras boleh juga menjadi kurang sekiranya beras itu disimpan lama dan banyak mengandungi habuk dan ulat beras...

sumber info: internet

Comments

Popular Posts