05 April, 2013

Sakit.

Dua tiga minggu lepas panas dengan hujan silih berganti.
Tak taulah musim Al-nino ke idak.
Kalau dah cuaca panas ni musim demam pun datang ler.
Demam,selsema, batuk sakit tekak.
Itu penyakit berangkai.
2 minggu jugak le anak-anak demam pas baton.
Mula-mula abang demam,
lepas tu si adik pulak.
Jenuh la mandom aku ni.
gundah-gulana melayan diaorang yang tak sihat.

Bukan nak kata apa la.
kalau anak demam lebih 3 hari.
Perkara pertama kena pergi check darah.
Normally yang tak berduit macam aku ni pergi la ke klinik gomen.
Tapi selalunya akan dapat ubat demam je la.
kalau bernasib baik dapat le antibiotik.
Kekadang tu kena beli dekat luar ubat-ubat yang tak ada stok. Nama pun bayar singgit kan.
Tu le ubat yang layak kita dapat.
Kalau nasib tak baik dapat jugak Doktor yang check lebih kurang je ditambah dengan muka yang tak berapa nak mesra Alam.
ok, kite paham Doktor gomen kerja sangat pressure. So, kita sedia maklum.
Tak leh nak salahkan diaorang sepenuhnya.

Yang si adik tu katanye cuma demam virus je. Bukan demam denggi katenye.
Tapi nak seminggu jugak tak pulih-pulih.
walaupun dah abis makan ubat gomen tu kan. So, tak ada cara lain memang kena bawa gi klinik swasta.
So, bayar memang lebih la.
Tapi, puas hati dapat service yang baik dan ubat yang bagus.
selalunya lepas aku hantar kat klinik feberet aku tu.
Alhamdulilah, akan sembuh.

Sebagai rakyat marhaen macam aku ni. Kemudahan untuk perubatan tu sangat-sangat la dialu-alukan dari pihak gomen.Nak harap kompeni bagi tak ade le.
Ada ke dalam manifesto mana-mana parti ekk.??? nak ngundi dah ni.

No comments: