25 April, 2013

Lat in the making

Si Che mat ni kalau kita offer dia outdoor activity, semua pun tak nak.
Ada offer dia untuk kelas teak kwan do dan silat cepat jer geleng kepala.
Nak hantar belajar berenang pun tak nak.
ajak pergi x-treme park lagi la takut.
Tapi kalau indoor activity tu memang suka.
seharian pun boleh duduk rumah main computer games, online games or whatever games.
Kalau tak main games, kerja dia melukis.
itu ajelah yang paling dia suka buat.
Buat homework pun laju-laju,
sampai kekadang tu tertinggal huruf-huruf dalam perkataan.
Punyalah nak kejarkan sketch book dia tu.
Baru-baru ni tekun dia mengadap sketch book.
gigihlah melukis ntah apa-apa.
sekali tengok.........
Oissh!! tak sangka pulak dia boleh lukis macam tu.
Tak ada nak lakar-lakar ke apa dulu.
elok je dia tiru terus ke sketch book dia.
hahahaha aku pun tak boleh lukis macam ni.
lepas ni ingat nak enroll dia kelas melukis.
mana tau boleh jadi pengganti LAT ke kan hahahaha.

20130420_180911
20130420_180934

1 comment:

Anonymous said...

ikut baka mak dia ni lar kot..teringat dulu , beriya duk studi sama-sama sambil ngunyah koci, rupa-rupanya dok lukis gambo kartun....heheheheh