14 June, 2011

Pasir Salak… aku datang!!

Bayangkan bertahun aku menetap di Daerah Perak Tengah, baru tahun ni aku dapat menjejakkan kaki ke kompleks bersejarah Pasir Salak. Itu pun disebabkan ada kenduri kahwin kawan Pak enchik di Bota Kiri. Aku memang dah plan dah nak singgah di sini on the way nak balik rumah atuk aku di Kayan.

Berdering-dering henpon aku berbunyi. Tak sabar-sabar  Achik nak tau aku dah ada dekat mana. Dari pagi tak sampai-sampai lagi ke kampung atuk aku. Aku tau, tu tentu tak sabar nak ber’live” chat dengan aku ler tu hahahaha pendek jer aku jawab “ nak singgah Pasir Salak”

Ada apa dengan PASIR SALAK… ???

P6111246 pintu masuk utama harga tiket untuk dewasa RM4.00, kanak 7-12tahun RM2.00

P6111238Terowong Sejarah, bahagian belakang. Rumah kayu yang berukir memang terbaik! kalau aku kaya, aku nak satu macam ni hahaha

P6111193

Antara diorama yang ada dalam terowong sejarah. Dato Maharajalela, Dato  Sagor dan Pandak Indut digantung di Kawasan berhampiran bangunan kerajaan di Larut pada 20 Januari 1877.

P6111194

Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Wan Muhammad Amin, Syahbandar Uda Mahamor menaiki kapal Cartheston pada 20 Julai 1877 ke Pulau Seychelles bagi menjalani hukuman buang negeri. Ada banyak lagi diorama-diorama dalam terowong sejarah ni.

P6111165

replika pentas belotah. Tempat tarian belotah untuk asingkan padi dari tangkainya. Tak tau plak aku ada ritual tarian belotah ni lepas musim menuai. Ala-ala pesta keamatan pulak yer.

P6111162

Galeri Menteri-Menteri Besar Perak..

P6111234Antara rumah kutai yang ada yang tak sempat aku nak masuk.Banyak lagi sebenarnya tempat yang aku tak sempat nak jenguk. Tugu peringatan Birch (ni orang British yang bina) Tugu peringatan Pahlawan Perak, Tugu Lela Rentaka, Tapak Birch dibunuh, sampan Perak, Menara Pandang,Rumah Kutai……

Ni semua gara-gara si kecik ni,

P6111226 Sepanjang jalan ke rumah kutai bising nak air. Aku pulak terlampau excited sampai lupa nak bawa bekal air untuk budak berdua ni. Sudahlah kedai minum jauh ya amat.

P6111223

Tengok tu!! dia tinggalnya aku kat belakang. Orang sibuk nak bergambar dia boleh blah sesorang dia. Pak Enchik pun satu time ni pulak dia nak memerotnya.

P6111232 

Gigih mencari anak panah ke kedai cenderamata. Nasib baik bertanya dekat pak guard dekat situ. Kalau tidak sampai ke maghrib le tak jumpa. Dah 3 tahun kedai cenderamata tutup kau! apa nak dikata. Balik je la yong oiii!

P6141254 Dapat beli ni jer, buku Cempaka Sari Sejarah Kesultanan Negeri Perak oleh M.A.Fawzi Basri, Buku Panduan Diorama, Buku panduan Pelawat. Buku Dialek negeri Perak dah habis. Ada lagi beberapa buah buku yang lain yang aku nak pun tak ada stok.

Moral of the story:

Tanah tumpah darah ku ini bukan sedikit pahlawan-pahlawan yang berani.  Yang selama ini sejarahnya tak cuba untuk aku selami. Menghayati semangat juang Dato Sagor, Dato Maharajalela, Sipuntum dan pembesar-pembesar lain. Menyusuri peristiwa-peristiwa di zaman mereka cukup membuktikan bahawa bangsa aku yang satu itu perlu bersatu. Bukan menjadi petualang, pengkhianat bangsa hanya semata-mata mengejar habuan wang ringgit Pak-pak British yang kaki pembelit. 

*** mood patriotik

1 comment:

Anonymous said...

Yang paling menarik ialah Dato Maharajalela dan Dato Sagor patuh pada arahan Sultan dan sanggup berkorban nyawa.