07 June, 2011

Novel..

Sejak dah berkahwin ni. Memang tak pernah beli novel. Baca novel tu ada la tapi ulang baca novel yang lama-lama.

Minggu lepas entah macam mana ntah, seru dah datang untuk aku menjejakkan kaki ke karangkraf booth semata-mata untuk kasih yang suci. 1 hari setengah aje dah habis baca. Tak kisah pun pasal nak makan ke nak minum ke, terasa kenyang sentiasa. Poyo sungguh!

Siap berkira-kira tu dalam hati, kalau hari-hari baca novel, 99 hari rasanya boleh rata kut perut aku ni hahahaha.
Tak payah susah-susah nak minum jus mekfive atau herbollife.

Alasan terbaik untuk aku TAK BELI novel sepanjang 5 tahun kebelakangan ni adalah disebabkan:


1- Kalau aku dah start baca novel memang tak boleh nak stop.
2- kerja-kerja rumah bole tergendala..
3- kenyang sentiasa. Bila dah habis baca buku lapo macam unta.
4- Dah kahwin makanya kena tau memasak. Banyak beli majalah atau buku masakanlah pulak.
5- Beli buku untuk anak-anak.
6- Dah ada internet di rumah. Layan baca bloglah weh!.

Siapa-siapa yang tengok cerita Nora Elena dan pengemar novel mesti akan cari Kasih yang suci. Semata-mata nak tahu penyudahnya kan…betui tak? Atau cara lain suruh member yang baca novel ni tolong ceritakan untuk korang hahahahha Cik Fid and cik ZZ naka wo tabemasen ekk

lol.

Boleh aku beli novel ni sebab nak tau watak yvone dalam drama nora elena tu melayu ke cina. Apasal watak orang bukan islam bagi pada pelakon islam.Dah lah berlakon mabuk-mabuk, cakap ala-ala amoi. Buat orang konfius aje. Satu lagi Elena tu siap perli seth nama aje masuk islam tapi tak mengamalkan cara hidup islam, siap kata suami kaki botol.Tapi dia sendiri tak menutup aurat. ermmm tak tahu la apa motif sebenar penulis skrip. Tapi memang ada pun melayu kategori macam ni di luar sana. Melayu urban yang Islamnya Had hari saja.

Tapi bila dah layan novel ni, dah kurang nak follow drama tu di TV. Konon-kononya dah tau ending padahal drama tu adaptasi longgar jer, banyak scene yang tak sama dengan cerita dalam novel tu. Kira tak rugi la aku beli novel ni, agak membuai perasaan la jugak. Bagi yang jiwang karat haruslah korang terjah di mana-mana toko buku berdekatan.

2 comments:

zz said...

haha. Naka wo tabemasu XD

Citer pasal muslim bagi watak non-muslim tuh satu..siap mabuk2 lagi. Ada lak watak muslim bagi non-muslim yang siap masuk masjid sembahyang lagi..adeh.
susah nak cakap apa yang dorang tuh nak sebenarnya.

ImanAzyan said...

a`ah aku pun tak paham la apa yang diaorang fikirkan. main tangkap muat jer kut buat drama..