29 June, 2011

Dilema si emak

Dilema sungguh aku nak menentukan persekolahan Che Mat tahun depan. Bukan masalah sekolah dia, tapi masalah nak transit dia tur. Nak berhenti kerja Pak Enchik kata tunggu dulu. Nak teruskan bekerja, aku pulak rasa kesian tengok Che Mat.

Teringat masa aku kecik-kecik dulu. First day sekolah, aku pergi naik bas. Tapi waktu tu saing dengan kakak dan abang yang satu taman perumahan dengan aku. Tapi kalau nak diikutkan, tak la diaorang jaga aku pun. Boleh pulak waktu tu aku bawa diri. Tau-tau ajer aku nampak abah dan mak intai-intai aku di tingkap kelas. Balik sekolah pun sama, selamba je ikut kawan-kawan tunggu bas.

Aku cuma ingat pakcik drebar bas sekolah tu siap berhenti di tepi jalan. Aku tak tau la dia tunggu siapa, tapi budak-budak dalam bas ramai turun beli jajan. satu-satunya memori bas sekolah dalam ingatan. Sekejap aje aku bersekolah di sekolah rendah Sultan Abdul Aziz Teluk Anson. Itu aje la pun satu-satunya kenangan jadi geng bas sekolah.

Sekarang ni sudah tiba masanya untuk aku melepaskan Che Mat pulak untuk merasai semua pengalaman alam persekolahan. . Aku doakan dia tidak ditimpa musibah dan terhindar daripada pandangan mata jahat manusia dan makhluk-makhluk-NYA.Amin!

3 comments:

Fid said...

dilema yang amatssss

leeya abdul said...

Itulah saat yg tidak dpt dilupakan. Bukan anak yg menangis emak/apak dia yg menangis pulak dik sayang sgt kat anak. ye la kan hari2 dok pegang tgn tetiba jek nk dilepaskan kat cikgu begitu saja. mampu ke cikgu tu kan? mampu ke mak cik van tu nk jg keselamatan anak awak dak? oihh! selamat ye yan.

". Aku doakan dia tidak ditimpa musibah dan terhindar daripada pandangan mata jahat manusia dan makhluk-makhluk-NYA.Amin! "
Kk pun amin kan jugak. amin.y.a

ImanAzyan said...

Fid: tu la kan dilema mak yang anak baru nak masuk sekolah rendah.
risau macam-macam.

k.Zama: huhuhu part tu memang ngeri. anak sepenjagaan dgn Che Mat,jatuh masa nak keluar dari van sekolah tadika.Bertelur dahi. Perempuan plak tu.nak pengsan ibu yang menjaganya tengok.Dah la turun kat tempat lain. Jenuh la cari pemandu van tu balik nak bertanyakan hal kejadian.