29 June, 2011

Mati muda

Malam tadi Che Mat tiba-tiba bertanya`kalau ayah tak ada mama tak ada Afiq nak duduk dengan siapa?` ‘afiq duduk dengan atuk lah`  lepas tu dia diam. ‘Mama janji yer tidur dengan Afiq’ ha`ah yer lah..yer lah mama janji. Itu mesti mimpi apa-apa lah tu. Tak pun teringat cerita drama mana-mana kat dalam tv.

Kadang-kadang aku risau jugak, manalah tau kut-kut mati muda macam Che nin dalam hantu kak limah balik rumah. Keturunan mati muda huhuhu Aku paling risau kalau umur Che Mat mencecah 9 tahun. Sebab aku tak ber'`emak pun masa aku umur 9 tahun. Ada lagi 3 tahun yang akan mendatang, itu pun kalau diizinkan Allah S.W.T untuk aku hidup lebih lama lagi. Sungguh! aku memang risau kalau Che Mat dan Che Nah senasib macam aku dan Pak Ngah nye masa kecik-kecik dulu.

Mati memang janji kita dengan Allah tapi kalau boleh biarlah Allah panjangkan umur aku sampai anak aku besar dan yang paling penting mereka tidak merasa susahnya seorang anak tidak ber`emak. Aku tak nak itu berlaku sekali  lagi.InsyaALLAH Amin.

2 comments:

leeya abdul said...

cik yan, kk selalu pun minta dgn Allah; minta2 lah di ambil nyawa masa anak2 dh pandai cari duit sendiri, ada gaji besar, rumah besar, keta besar, iman besar yg paling penting. supaya sok boleh tlg doakan mak/pak yg sunyi sepi se1 dok dlm kubur tu. apa nk buat kita mampu berdoa n jg kesihatan je kan. lg nk buat camne.

ImanAzyan said...

InsyALLAH.kak moga2 kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Amin