Asma

Penyakit genetik undang MAUT!

Dikenali dengan pelbagai gelaran seperti lelah dan semput, asma memang gemar menyerang si kecil. Keadaan cuaca tidak menentu selain perubahan yang berlaku seperti jerebu memberi peluang kepada penyakit ini untuk menghampiri mangsa.

Sebaik-baiknya jangan guna permaidani di rumah jika salah seorang ahli keluarga mengidap asma. Terdapat sejenis kutu yang hidup pada habuk di permaidani. Kehadiran kutu ini merupakan antara punca si kecil mengalami sesak nafas. kutu yang sama juga boleh ditemui pada bantal.

Persekitaran yang berdebu seperti tapak pembinaan turut menjadi faktor lain serangan asma. Namun tidak kurang juga yang mengalami sesak nafas berpunca daripada debunga dan bulu haiwan perliharaan. Biasanya masalah debunga berlaku di negara empat musim. Selain itu kanak-kanak juga berisiko diserang asma apabila memakan sesetengah jenis makanan dan buah-buahan. Antaranya seperti coklat, oren, anggur dan tembikai. Minuman sejuk dan berais juga berpotensi memudaratkan pengidap asma.

Tidak dinafikan juga bahawa kehadiran asma ada kaitan dengan genetik pesakit. Asma kerap berlaku jika ahli keluarga yang menghidap asma.Ini berkait dengan penyakit keturunan, Jika terdapat salah seorang ahli keluarga menghidap penyakit ini,risiko untuk anak juga adalah tinggi.Malah kebarangkalian untuk kanak-kanak menghidap asma juga tinggi jika memiliki sejarah eczema ataupun alahan. Berdasarkan diagnosis, sekitar 15 hingga 20 peratus kanak-kanak sekolah menghidap penyakit ini.

GANGGUAN PERNAFASAN

Umumnya asma merupakan sejenis penyakit respiratori. Ia lazim melibatkan saluran udara bronkus di paru-paru. Asma berlaku apabila bronkus mengalami inflamasi sekaligus mengakibatkan paru-paru dan saluran udara menjadi lebih sensitif. Natijahnya saluran tersebut akan mengecut dan menyempit. Ketika inflamasi, saluran udara menghasilka banyak sel yang membawa kepada pembentukan kahak. Keadaan ini menyebabkan asma sering kali datang bersama batuk berkahak. Batuk yang kronik dan berpanjangan merupakan petanda awal serangan. Selalunya kanak-kanak akan kerap batuk khususnya pada waktu malam dan awal pagi. Dia juga batuk berulang kali sebaik sahaja selesai bersukan ataupun bermain. Adakalanya batuk ini turut mengandungi kahak. Dadanya akan berombak dan nafasnya diselangi bunyi seperti siulan. Bunyi ini dikenali sebagai ‘wheezing’.Jika tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami gangguan pernafasan.

KAEDAH RAWATAN

Rawatan terhadap pesakit perlu dilakukan berdasarkan tahap asma sama ada serius ataupun sebaliknya. Asma yang menyerang boleh jadi jarang iaitu sekitar tiga atau empat bulan sekali, kerap ataupun berterusan.Asma pada tahap kerap selalunya menyerang sekali dalam tempoh sebulan dua. Bagi yang berterusan,asma boleh menyerang setiap hari.Manakala bagi yang tidak kerap kena pula,serangan berlaku setiap tiga hingga empat bulan sekali.Pesakit perlu mengelak daripada faktor-faktor penyebab serangan.

‘Inhaler’ ataupun ubat penyedut merupakan kaedah yang digunkan bagi merawat penghidap asma yang kerap ataupun berterusan.Saluran darah yang menguncup ketika’inlamasi’ boleh dikembangkan semula menerusi penggunaan penyedut’bronchoditanor’.Steroid pula bertindak sebagai ubat pencegah.Penyedut steroid digunakan bagi mengurangkan inflamasi dan sekali gus meredakan keterukan paru-paru serta penghasilan kahak.Selain itu,ubat steroid juga perlu diberikan secara oral kepada pesakit yang mengalami serangan akut.Kini terdapat pencegah inflamasi berbentuk terapi yang diberikan secara oral ‘singular’.

Ibu bapa boleh memberikan kanak-kanak menggunakan penyedut' ‘ventolin’ setiap empat hingga enam jam jika dia tiba-tiba mengalami masalah asma. Namun,diaharus segera dibawa ke hospital apabila diserang asma yang serius. Pada peringkat ini dia berasa sangat penat,sukar bercakap mahupun bernafas disamping menghasilkan nafas yang berbunyi.Keengganan menggunakan alat penyedut boleh mengakibatkan penyakit ini berlarutan sehingga kanak-kanak dewasa.Kanak-kanak yang menghidapasma sejak kecil boleh pulih jika dia menggunakan ubat penyedut secara teratur.Ibu bapa tidak perlu bimbang dengan pemakaian alat tersebut lantaran kandungan steroid yang sangat rendah dan tidak mengakibatkan ketagihan.

ASMA TIDAK SEKAT KANAK-KANAK BERMAIN.

Terlalu aktif bukanlah faktor kewujudan asma.Namun, ia boleh membawa kepada serangan asma bagi penghidap.Meski pun begitu, penyakit ini tidak menghalang kebebasan mereka bermain seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak digalakkan agar menggunakan alat penyedut terlebih dahulu sebelum keluar bermain. Selain itu kanak-kanak penghidap asma juga dibolehkan berenang. Tetapi tempoh berenang perlu dihadkan terutama jika di dalam air yang dingin seperti sungai dan air terjun. Tidak dinafikan bahawa asma boleh mengundang maut. Lantaran itu rawatan awal oerlu diambil untuk memulihkannya.

 

image

sumber : Majalah keluarga PP 3946/1/2005

                  Dr.Roliza Ibrahim (Pakar kanak-kanak)

Comments

Popular Posts