Kawasaki (coxsackie)

Penyakit kawasaki (coxsackie)
menyerang jantung kanak-kanak

Penyakit Kawasaki mula-mula dilaporkan di negara Jepun selepas perang dunia kedua. Penyakit ini dikaji secara mendalam oleh seorang Profesor Jepun yang terkenal bernama Profesor Kawasaki.

Sebahagian besar pesakit penyakit ini adalah dikalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Kajian menunjukkan bahawa penyakit ini lebih kerap di kalangan kanak-kanak berketurunan cina. Nisbah penyakit kanak-kanak lelaki berbanding perempuan adalah 1.5:1.

Statistik di Amerika Syarikat menunjukkan penyakit ini merupakan penyakit utama yang menyebebkan penyakit jantung 'acquired' dikalanagan kanak-kanak. Malah bilangan kes makin bertambah dari tahun ke tahun terutamanya di negara-negara membangun

 

Punca penyakit kawasaki
Di sebabkan oleh tindakan inflamasi badan terhadap salur-salur darah terutamanya arteri. Keadaan ini yang berlaku secara tiba-tiba terutama di kalangan kanak-kanak masih tidak dapat diketahui. Kajian di Jepun menunjukkan perkaitan penyakit ini dengan toksin bakteria yang meransang tubuh badan menghasilkan antibodi terhadap salur darah khususnya. Akibatnya, pesakit kerap mendapat komplikasi berkaitan dengan salur darah.

 

Tanda-Tanda klinikal penyakit kawasaki;

- Tanda-tanda awal demam berpanjangan sekurang-kurangnya untuk lima hari
- diikuti mata menjadi kemerah-merahan akibat inflamasi (konjunktivitis).
- pembengkakan kelenjar pada leher dan ruam pada seluruh badan.
- Tangan dan kaki akan menjadi merah pada peringkat awal.
- Selang beberapa hari atau minggu kemudian, kulit pada tapak tangan dan tapak kaki akan mengelupas umpama 'kertas tisu'.

*** kebanyakan ibu bapa mula menjadi runsing dan amat bimbang apabila melihat kulit anak mereka mengelupas, tetapi sebenarnya ini merupakan petanda penyakit ini sedang mulai sembuh. Satu lagi ciri 'unik penyakit ini adalah anak tekak dan lidah kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan mejadi sangat merah. Lidah kelihatan dipenuhi dengan tompok-tompok yang sangat halus. Dalam keadaan ini, lidah kelihatan seperti buah strawberi atau dikenali sebagai 'strawberi tongue'.

 

komplikasi penyakit kawasaki
kebanyakan kanak-kanak akan sembuh dan kembali seperti sediakala selepas 2-3 minggu mendapat rawatan simtomatik di hospital. Tetapi lebih kurang 30-50 peratus pesakit kanak-kanak akan mula mendapat komplikasi akibat penyakit ini.keadaan inilah yang akan membimbangkan kita.

Antara komplikasi penyakit kawasaki adalah:
- Aneurisma arteri koronari
- Myokarditis ( jangkitan pada otot jantung)
- Penyakit injap mitral
- kegagalan jantung berfungsi (cardiac failure)


Dalam keadaan penyakit ini, kandungan sel-sel platelet dalam darah meningkat dengan begitu tinggi. Keadaan ini pula boleh menyebabkan komplikasi seperti pembentukan 'trombus' dan salur darah tersumbat.
Statistik menunjukkan lebih kurang 1-2 peratus kanak-kanak meninggal dunia akibat penyakit ini.

 

Rawatan Penyakit kawasaki

Rawatan untuk penyakit ini adalah lebih simtomatik.
Aspirin pada dos anti inflamatori penuh disyorkan pada peringkat awal dan diteruskan untuk beberapa minggu dalam dos yang kecil bagi mengurangkan pengumpulan platelet
Disamping itu, immunoglobulin juga diberikan untuk mengurangkan tindak balas antibodi dalam badan. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan immunoglobulin sekurang-kurangnya untuk lima hari dapat mengurangkan risiko pesakit mendapat steroid sama sekali harus dielakkan untuk pesakit ini.
walau bagaimanapun, diagnosis dan rawatan awal amatlah penting untuk menjamin penyakit ini dapat disembuhkan sepenuhnya dengan kudrat Tuhan.
Oleh hal yang demikian, janganlah anda berlenggah-lenggah berjumpa dengan pakar perubatan apabila melihat tanda-tanda penyakit ini di kalangan anak-anak anda atau mengenali orang lain dengan simptom-simptom penyakit ini.

sumber: majalah keluarga pp 3946/1/2004

Comments

Popular Posts