9 kaedah kawal pemakanan elak alahan

 

Tip Hindari anak dari alahan

1- Ibu digalakkan menyusui anak secara konsisten dan sepenuhnya pada 6 bulan pertama kelahiran bayi. Waktu 6 bulan tersebut dikenali sebagai tempoh bebas alahan. Ini memberi peluang kepada sistem pencernaan bayi untuk menjadi matang.

2- Ibu yang menyusui bayi perlu mengawasi bentuk dan jenis makanan yang diambil. setiap makanan ini boleh mempengaruhi kualiti susu ibu. Jika bayi alah kepada telur, elakkan daripada mengambilnya sepanjang tempoh menyusukan anak,

3- Elakkan daripada memberikan anak telur putih pada tahun pertama usianya. Ibu boleh memperkenalkan bijiran gandum kepada bayi yang berusia melewati enam bulan. Sebagai permulaan, ibu digalakkan memulakan dengan bijirin nasi sebelum memperkenalkan bijiran gandum kepadanya.

Tip untuk penghidap alahan

1- Sediakan rekod bagi setiap pengambilan makanan kanak-kanak. Ini membolehkan ibu bapa melihat sama ada dia mengalami gejala lahan ataupun tidak.

2- Sebelum membeli makanan dalam bentuk paket mahupun tin, baca terlebih dahulu kandungan ramuannya. Ini penting bagi mengelakkan kanak-kanak daripada termakan makanan yang dia alah secara tidak sengaja. Selain itu, latih anak yang sudah tau membaca menyemak sendiri ramuan bahan makanan berkenaan.

3- Pastikan ibu bapa menyimpan nombor-nombor kecemasan di rumah. Langkah ini perlu lantaran gejala alahan seperti sukar bernafas bole mengundang maut. Selain itu, ajarlah ahli keluarga bentuk tindakan yang harus diambil apabila keadaan sedemikian berlaku.

4- Beritahu guru dan pihak kantin tentang jenis-jenis makanan yang tidak boleh diambil kanak-kanak. Melalui cara ini, ibu bapa dapat memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada makanan yang boleh menyebabkan alahan berlaku.

5- Jelaskan kepada anak tentang bahayanya berkongsi makanan dengan rakan sedarjah. Dia mungkin tidak mengetahui kandungan makanan yang diberikan oleh rakannya.

sumber: majalah keluarga oleh: Kanimolli a/p Arasu Pemakanan Pusat Perubatan Pantai kuala Lumpur.

Comments

Popular Posts