hapa-hapa ntah!

Sebulan puasa telah pun berlalu.
hari ni pun dah masuk syawal hari yang ke-12.
banyak sebenarnya nak post kat rumah ni.
persiapan syawal dan aktiviti di minggu pertama syawal.
Baju raya pertama yang aku jahit.
dan reunion kecik bersama kengkawan di Eidul Fitri.
Tak lupa jugak outing dua orang junior aku tu bersama mokcik n pokcik diaorang sempena cuti sekolah + cuti raya.

Tapi,
macam biasalah.
sama macam tahun-tahun lepas.
asal nak raya saje.
ofis aku ni galak la nak buat design model baru.
nak cuti raya panjang-panjang pun tak senang.
Apatah lagi nak mengarang 1 muka surat dalam belog ni.

sambil taip sambil tengok perut.
ooo mak rasa berdosa sangat sebab makan banyak tadi.
bukan makan tadi je banyak, hari-hari pun memang makan banyak.
Tambah sentap bila orang dekat production tegur .  oiii! yan kamu ni pregnant ker? gulp!!!
oooooohhhhhh! mak rasa nak ambik je vacuum cleaner kat rumah tu sedut lelemak kat perut ni...
apa nak di kata.
Terus je la pergi ke kantin beli cekodok tauhu 2 ketul besar. dan makan lagi.
ubat penghilang stress kejap.
alasan, hari hujan dan perut sangat menyanyikan lagu syahdu.

Comments

Popular Posts