22 May, 2014

Reduce to clear

Salam,

Sejak tak bekerja ni, jadi suri rumah sepenuh masa, memang salah satu aktiviti teman ialah shoping.

Hehehehe

Bukan shopping sesaja tau, shoping barang-barang dapur.

Kalau aku kayaaaa..hari-hari raya. memang nak jugak le shopping barang-barang lain.

Orang lain pergi shopping barang basah kat pasar segar ke pasar basah ker kan.

Tapi aku pagi-pagi terconggok kat tesco nak membeli lepas hantar anak ke sekolah.

Paseinya kat situ ada aircond boleh, sambil cuci mata tengok barang-barang lain.

Dan,

Yang menjadikan suasana yang paling best ialah bila rakyat marhaen menyerbu barang-barang stok akhir di area reduce to clear.

Sungguh, tak kira bangsa cina, melayu, india sama banyak menyerbu untuk pilih item yang elok.

Mula-mula tu aku pelik jugak apa la yang diaorang ni kerumum. Biasa la dasar kepochi.

Last-last aku pun serbu jugak.

Patutlah aku tengok memasing meluru ke area sayur-sayuran dan bakeri area dulu. Lambat sikit memamg clear lah.

Sesuai la dengan nama reduce to clearkan.

Sampaikan depa dah kenal antara satu sama lain. Mesra je teman tengok masing-masing masa memilih. Belum lagi le ada kes berebut sampai gaduh-gaduh.

Itulah scenario rakyat marhaen kita, sentiasa cari jalan untuk berjimat cermat berbelanja. Tapi pemimpin Negara kita ada ke fikir rakyatnya cukup makan ke tak.

Jadi panda lebih beruntung.

Sekian.

No comments: